Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

UJI PANDU

Sentuhan Volvo dalam kereta elektrik Polestar 2

Apr 13, 2022 | 09:45 PM



RAMAI yang mungkin belum begitu kenal dengan jenama automobil Polestar yang berasal dari Sweden.


Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta, Polestar merupakan jenama kereta lumba milik Volvo Cars yang terkenal dengan kenderaan penuh ciri keselamatan dan buatan utuh. 

Namun sejak 2010 Volvo telah dimiliki syarikat Geely dari China.


Polestar baru-baru ini memperkenalkan kereta eletrik sepenuhnya yang diberi nama Polestar 2. Kenderaan itu dibuat di pusat pengeluaran Volvo di Luqiao, China. Sebelum ini ia ada melancarkan kereta hibrid Polestar 1 namun kenderaan itu tidak ditawarkan di sini. Memandang ke depan, matlamat Polestar seterusnya adalah menawarkan kereta elektrik sepenuhnya.


Terdapat tiga jenis model Polestar 2 yang ditawarkan di sini.


Model asas diberi nama Standard Range Single Motor, seperti namanya, ia dimuatkan dengan satu motor dan berupaya dipandu sejauh 440km dengan satu cas penuh.


Model pertengahan pula ialah Long Range Single Motor. Model ini mempunyai bateri yang lebih berkuasa justeru boleh dipandu sejauh 540km. Ia juga mempunyai satu motor.


Model yang diuji pandu dalam laporan ini ialah jenis paling atas, paling bertenaga dan paling padat dengan ciri keselamatan tambahan. Ia diberi nama Long Range Dual Motor (LRDM).

Dikuasai bateri 78kWh, Polestar 2 LRDM mampu menghasilkan 308 kW (408 kuasa kuda) dan 660 Nm tork. Berbeza daripada model yang mempunyai satu motor, LRDM mempunyai pacuan semua roda. Ia mampu dipandu sejauh 480km.


Sekali imbas, Polestar 2 mempunyai banyak sentuhan reka bentuk Volvo XC40 – bahkan chasis Polestar 2 dibina berasaskan chasis XC40, sebuah kereta SUV.


Namun agak sukar untuk menyifatkan Polestar 2 sebagai SUV kerana bentuknya yang lebih panjang, lebih mirip kereta sedan.


Pada masa yang sama, Polestar 2 lebih tinggi berbanding kereta sedan lain justeru kereta boleh disifatkan sebagai kacukan kereta SUV dan sedan.


Sebaik anda membuka pintu kereta, anda dapat rasakan keutuhan rangka kereta ini.


Di bahagian dalam sentuhan kemewahan yang lazim ditemui dalam kereta Volvo amat ketara. Polestar juga menitik beratkan penggunaan bahan mesra alam di samping mengurangkan penggunaan plastik bagi menghiasi ruang dalam kenderaan ini. 



Berbeza sedikit dari kereta sedan lain, ruang dalam Polestar 2 terasa agak luas. Bumbungnya yang diperbuat cermin lut sinar membolehkan penumpang dan pemandu menikmati panorama awan dan langit sekali gus memberikan pengalaman luas semasa berada di dalam kenderaan.


Polestar 2 juga dilengkapi dengan pelbagai alat teknologi.


Skrin paparan maklumat yang berukuran 11.2 inci misalnya telah dihasilkan dengan kerjasama Google dan penggunaannya serupa dengan operasi telefon bimbit jenis Android.


Pengalaman memandu Polestar 2 juga sesuatu yang menyenangkan. Bagi anda yang biasa dengan kereta Volvo, Polestar 2 yang diuji pandu menampilkan pelbagai ciri keselamatan. Ini termasuk lapan beg angin, sistem amaran pelanggaran depan dan belakang. Sistem amaran ruang terlindung dan banyak lagi. 


Satu lagi tarikan EV ialah penjanaan kuasa yang hampir serta merta. Tendangan motor dapat dirasakan sebaik pedal tenaga ditekan. Kereta ini juga mampu memecut dari 0-100km sejam dalam masa 4.7 saat


Berdasarkan uji pandu kami, Polestar 2 boleh dipandu sejauh 228km dan baterinya masih mempunyai hampir separuh baki tenaga bateri.


Ketika laporan ini diterbitkan harga kereta ini adalah seperti berikut – 

• Standard range single motor:  $217,000

• Long Range Single Motor:  $233,000

• Long Range Dual Motor:  $259,000 (semua harga termasuk COE dan rebat).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >