Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEMPENA HARI BAPA

BapaHebat SG ghairah bantu eratkan hubungan bapa-anak

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



PENGLIBATAN dan kehadiran seorang bapa adalah penting dalam sebuah keluarga supaya dapat berkembang sebagai satu unit.



Ketiadaan bapa dalam keluarga berlaku apabila si bapa tidak hadir secara fizikal atau ada secara fizikal tetapi tidak hadir secara emosi.



Sekumpulan bapa yang komited menerajui sebuah pertubuhan tidak meraih untung yang dinamakan BapaHebat SG sejak Disember 2021 untuk menyokong para bapa dalam perjalanan ke arah menjadi bapa yang lebih baik dengan terlibat dan hadir dalam keluarga mereka.



Empat pengasasnya - Encik Muhammad Ibrahim, 60 tahun (Pengarah Urusan), Encik Jamsari Ahmad, 56 tahun (Pengarah), Encik Mohamad Umar, 42 tahun (Strategi Media Sosial) dan Encik Noorazman Noor'ain, 43 tahun (Strategi Pengurusan Acara) - pernah terlibat sebagai sukarelawan dengan pelbagai badan tidak meraih untung yang memberi tumpuan kepada kaum bapa selama beberapa tahun.



Dengan berbekalkan ilmu dan semangat untuk menyokong para bapa dalam perjalanan mereka, BapaHebat SG Limited terbentuk.



Misi kumpulan itu ialah untuk menyediakan wadah kepada para bapa belajar, mengembangkan rangkaian, berkongsi ilmu dan membina komuniti yang saling menyokong perjalanan mereka untuk menjadi bapa yang lebih baik.



Encik Jamsari berkata: "Kami berempat bekerja sepenuh masa, jadi kami mengalu-alukan penyertaan sukarelawan untuk membantu kami menjalankan kegiatan yang kami akan susun."



Pada Sabtu lepas, BapaHebat SG menganjurkan sebuah bengkel Perancangan Kewangan. Ia dihadiri oleh 20 orang peserta.



Bagi acara itu, BapaHebat SG mengundang Encik Nur Hakim, bapa dua anak dan penasihat kewangan dengan lebih 15 tahun pengalaman, berkongsi tentang kepentingan perancangan kewangan dan komponennya.



Beliau juga berkongsi asas yang diperlukan oleh bapa untuk menilai keadaan kewangan mereka dan tip-tip untuk meningkatkan celik kewangan dalam sesi itu.



Sebelum itu, BapaHebat SG bekerjasama dengan New Life Stories (NLS) dalam satu bengkel selama dua minggu, untuk para bapa bekas banduan.



Bengkel itu bertujuan membantu mereka kembali berintegrasi dengan keluarga dan masyarakat dengan menyediakan kemahiran berkomunikasi untuk membantu mereka lebih memahami anak-anak mereka dan menjadi bapa yang lebih yakin.



Peserta dapat berinteraksi dengan pelatih dan di akhir sesi, para bapa akan lebih memahami kesan bapa mereka sendiri terhadap mereka sebagai bapa sekarang. Dengan kesedaran ini diharapkan para bapa lebih terlibat, konsisten dan memelihara anak-anak mereka dengan lebih baik.



Kata Encik Hamzah Mohd Arif, salah seorang peserta bengkel itu, "Saya tertarik bagaimana semua orang berkongsi pengalaman mereka dan budaya berkongsi dan belajar antara satu dengan lain. Jurulatih di sini tidak menyifatkan diri mereka sebagai pakar tetapi sebagai bapa setaraf dalam perjalanan pembelajaran yang sama."



Dalam perancangannya, BapaHebatSG ingin lebih ramai lagi para bapa menyertai program-program yang akan dikelolakan.



Encik Jamsari berkata: "Untuk kami, bila sebut 'bapa', kami tidak mengecualikan bapa tunggal - oleh sebab perceraian atau kematian isteri; bapa yang belum berkahwin. Itu tidak penting.



"Matlamat kami ialah perhubungan antara bapa dengan anak. Jika seseorang mempunyai masalah rumahtangga, mereka perlu mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah, tetapi kami berharap, dengan adanya anak dalam keluarga, ia dapat menjadi dorongan kuat untuk mengatasi masalah itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >