Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

RENCANA

Belajar seni tukang kayu secara percuma tetapi ada syaratnya...

Peserta perlu komited lalui program selama 6 bulan, tak boleh ponteng
Sep 12, 2020 | 05:30 AM



JIKA anda ingin mempelajari atau mendalami kemahiran baru semasa masa lapang, lebih-lebih lagi sewaktu pandemik ini, anda boleh cuba menjadi perantis tukang kayu di sebuah bengkel bersama seorang pencipta perabot bina khusus tempatan.



Bahkan, anda boleh menyertai bengkel perantis itu secara percuma juga, namun dengan satu syarat!



Jika anda tidak hadir pada latihan ketiga dan seterusnya, anda akan dikeluarkan dari program itu.



Bagi pengendali bengkel, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhabshee, 31 tahun, itulah satu cara menjamin komitmen para perantis yang menyertai bengkelnya.



Beliau yang juga pemilik firma pencipta perabot butik bina khusus Urban Salvation berkata:



"Inilah salah satu cara saya dapat berkongsi seni reka bina ini kepada lebih ramai orang, dan para perantis bakal menjadi tukang kayu yang mahir menerusi cara yang telah saya - dengan sedaya upaya - mencari ilmu dalam bidang ini dahulu," kata beliau, yang belum berumah tangga.



Firma Syed Ahmad - yang telah beroperasi selama lebih lima tahun - itu terkenal akan perabot butik bina khusus mesra alam, yang menggunakan sumber kayu tempatan yang telah ditebus guna dan baru-baru ini, diperbuat oleh jenis kayu import baru dari rantau nusantara.



Beliau juga memiliki sebuah cabang di Indonesia yang mengeksport produknya ke serata dunia.



Ketika ditemui Berita Harian (BH) kelmarin, beliau sedang membuat siaran bengkel kayu bersama perantis barunya, Encik Muhammad Syahir Mohamad Amin, 29 tahun, secara langsung menerusi Instagram Live - yang turut akan diterbitkan secara kerap setiap bulan - buat penonton pelajari kemahiran asas untuk menjadi seorang tukang kayu.



Syed Ahmad sendiri telah menjelajah di serata rantau nusantara ini, termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia selama lebih dua tahun untuk pelajari kraf tersebut daripada pelbagai individu yang mahir dalam bidang ini.



Beliau menerangkan bengkel perantisnya hanya terbuka secara janji temu pada waktu yang beliau tidak sibuk dan setiap latihan berlangsung sekitar empat hingga enam jam, tiga hingga empat kali seminggu dan harus dijalani selama enam bulan.



Syed Ahmad berkata beliau sudi berkongsi seni ini kepada sesiapa sahaja namun para perantis diharapkan membalasnya dengan minat serta kedahagaan mencari ilmu… "dan kopi atau teh tarik jika sempat membelinya sebelum kelas."



"Jika perantis itu tak datang buat kali ketiga saya adakan sesi bengkel, atau perantis itu menimbulkan pelbagai alasan, saya tidak akan mengambilnya untuk menyertai bengkel saya lagi," tekan beliau yang dahulu telah meletakkan jawatannya dalam perindustrian hiburan sekitar lapan tahun lalu untuk mendalami bidang ini.



"Bukan kerana saya tidak ingin menerima pelajar baru, tetapi mereka harus sedar peri pentingnya setiap komponen kraf ini yang bermula dengan mengenali setiap alat termasuk apa fungsinya, mengenali setiap jenis dan ciri-ciri kayu yang akan digunakan, teknik memotongnya dan kemudian teknik mengecat dan menyelesaikannya dengan lakuer atau minyak dan sebagainya.



"Ini belum termasuk membertimbangkan kesesuaian bahan-bahan tersebut dalam sekitaran di mana perabot itu akan diletakkan.



"Jadi ia bukan satu kegiatan main-main kerana sepanjang kerjaya saya ini, saya dapati tugas seorang tukang kayu itu jauh lebih sukar daripada apa yang disangkakan orang ramai," tambahnya.



"Selain itu, kami juga sibuk sedang menyiapkan produk di sini, jadi apabila adanya perantis, beliau harus betul-betul minat dalam bidang ini dan saya turut membalas minatnya dengan masa yang dipertuntuk buatnya."



Syed Ahmad berkata, pekerjanya yang lain di bengkel, yang terdiri daripada tiga pekerja sepenuh masa, lima pekerja bebas dan seorang pelatih juga merupakan lulusan bengkel perantisnya dahulu dan ada antara mereka yang telah memulakan perniagaan mereka sendiri.



"Tambahan pula, bidang kraf ini bukan sesuatu yang boleh diambil dengan ringan kerana sewaktu saya mendalami seni ini di luar negara, saya akan dimarah dan diuji dengan tegas oleh mentor saya, malah, kadang kala saya terpaksa tidur di bengkel guru-guru saya kerana tidak mempunyai wang untuk tidur di hotel," jelasnya.



Beliau menceritakan bahawa sebelum beliau memiliki bengkelnya di Tampines, beliau telah menjual perabot bina khususnya - yang dibina di halaman depan rumahnya - menerusi wadah Carousell di mana beliau menerima pendapatan yang tidak tentu berbanding gajinya yang berjumlah sehingga $5,000 ketika beliau bertugas di teater Marina Bay Sands dahulu.



"Tetapi apabila sudah lulus, perantis boleh datang ke bengkel saya pada bila-bila masa, dan juga membantu saya bina perabot di mana mereka akan diberi komisen juga, dan saya pasti, setelah menghasilkan sebuah produk daripada titik peluh kita sendiri, kita bakal menikmati sesuatu perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata." - HARITH MUSTAFFA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >