Premium
Belia mahu bincang isu kaum secara membina dan terbuka
Perlu akur realiti yang dihadapi, usah elak topik sukar, dan sedia dengar pelbagai pandangan
Jul 10, 2021 | 5:30 AM
BINCANG ISU KAUM: Sesi meja bundar mengenai isu kaum anjuran Berita Harian baru-baru ini disertai secara maya oleh (dari kiri atas skrin, mengikut putaran jam), Cik Mrithini TG Gritharan, Encik Muhammad Danial Afiq, Encik Edward Lim, dan Cik Nadia Ahmad Samdin. Moderator perbincangan itu ialah koresponden Berita Harian, Cik Nur Adilah Mahbob (kiri).- Foto BM oleh FAKHRURADZI ISMAIL -
ISU kaum dan perkauman di Singapura boleh dibincangkan secara membina dengan memahami cabaran, realiti dan pengalaman hidup yang dilalui pelbagai pihak.
Ini memerlukan ruang selamat bagi orang ramai untuk meluahkan pandangan secara terus terang tetapi lebih penting daripada itu, bersedia mendengar pandangan yang berbeza.

