BIARPUN usianya hampir meniti ke 70-an tahun, semangat kentalnya hendak berbakti dan menyumbang kepada masyarakat tidak pernah luntur.

Cik Rubiha Hashim, seorang nenek tiga cucu, masih rajin menyingsing lengan berbakti sebagai sukarelawan di Masjid Al-Ansar - walaupun selepas hampir 40 tahun.