Beranikan diri ceburi bidang korporat semasa pandemik selepas hampir sedekad kerja dalam sektor penerbangan
Premium
Beranikan diri ceburi bidang korporat semasa pandemik selepas hampir sedekad kerja dalam sektor penerbangan
Jun 26, 2022 | 5:30 AM
BINA KERJAYA BARU: Kini bertugas sebagai eksekutif media dan perhubungan di sebuah persatuan perniagaan, Cik Nursyahirah tetap optimis mengenai pemulihan sektor penerbangan dan tidak menolak kemungkinan menyertainya semula suatu hari nanti. - Foto BM oleh KHALID BABA -
SELEPAS hampir sedekad bertugas dalam sektor penerbangan, Cik Nursyahirah Noorman memutuskan sudah tiba masa untuk meneroka sesuatu yang baru dalam kerjayanya.
Lantaran itu, Cik Nursyahirah, 31 tahun, meninggalkan peranan sebagai pegawai perhubungan dengan sebuah syarikat penerbangan untuk menyertai bidang korporat pada Oktober tahun lalu.

