Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

IMPIAN DAN ERTI KEJAYAAN BAGI TIGA BELIA

Berhenti kerja kejar impian buka kafe

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



DI tengah-tengah pandemik yang penuh ketidaktentuan, Encik Muhammad Fahmi Zailani meninggalkan pekerjaan tetap yang telah dilakukan sejak hampir 10 tahun demi merealisasikan impian menubuhkan perniagaan sendiri.



Pada usia 32 tahun, beliau bergelar pemilik kafe setelah membuka State of Affairs di Upper Thomson Road Ahad lalu, membawanya setapak lebih dekat kepada kejayaan bagi dirinya.



"Lain orang mempunyai takrifan kejayaan yang berbeza. Bagi kebanyakan orang, kejayaan mungkin bermakna mempunyai wang yang banyak dan sebagainya. Tetapi bagi saya, ia mengenai mencapai impian saya dan kepuasan peribadi itu amat penting untuk saya.



"Bagi saya, jika seseorang itu telah mengimpikan sesuatu sejak kecil, dan berusaha ke arahnya dan melaksanakannya, itu adalah tahap kejayaan pertama. Jika usaha tersebut berjaya, itu adalah tahap kejayaan yang seterusnya," kata bapa seorang anak itu.



Anak sulung dua beradik itu mula berminat dengan dunia perniagaan setelah melihat arwah bapanya yang mengusahakan sebuah penerbitan muzik, Zaq Production.



Arwah bapanya telah meminta beliau meneruskan perniagaan itu, tetapi minatnya lebih kepada perniagaan makanan dan minuman (F&B).



Sebelum membuka kafenya sendiri, Encik Fahmi menimba pengalaman sebagai seorang barista di kafe terkenal Penny University dari 2012 hingga Oktober lalu.



Sekitar 2015, lulusan Higher Nitec dalam jurusan teknologi maklumat perniagaan itu menjadi rakan kongsi Penny University dan menguruskan operasinya.



Di sana, beliau yang pada mulanya bukan peminum kopi, mula jatuh cinta kepada minuman itu dan setelah cukup meraih pengalaman dan mengumpul wang, beliau mahu mencipta jenama barunya tersendiri.



"Di kafe State of Affairs, tumpuan saya ialah kopi. Saya mahu mencipta satu kesedaran jenama dan memastikan ia mencapai ke tahap di mana kafe saya menjadi tempat yang dituju untuk menikmati kopi," kata Encik Fahmi, yang berkata beliau amat teliti tentang mutu minuman kopi yang disajikan kepada pelanggan.



Walaupun menghadapi beberapa cabaran semasa melakukan kerja ubah elok kafe itu ekoran kekurangan tenaga kerja dan kos yang tinggi semasa pandemik ini, Encik Fahmi berkata wabak ini adalah masa terbaik untuk memulakan perniagaannya.



"Kita pun tak tahu bila pandemik ini akan berakhir jadi saya perlu menerima keadaan ini sebagai norma baru. Jika saya membuka kafe semasa pandemik dan saya berjaya bertahan, kemungkinan besar keadaan akan bertambah baik selepas pandemik ini berakhir. Saya melihatnya sebagai satu cabaran untuk dilalui," katanya yang kini disokong oleh adiknya dan beberapa pekerja sambilan.



"Bagi saya, jika seseorang itu telah mengimpikan sesuatu sejak kecil, dan berusaha ke arahnya dan melaksanakannya, itu adalah tahap kejayaan pertama. Jika usaha tersebut berjaya, itu adalah tahap kejayaan yang seterusnya.''
- Encik Muhammad Fahmi Zailani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >