Premium
Dah masak soal masak?
Feb 26, 2023 | 5:30 AM
TAK SEMESTINYA MASAK: Bergantung pada konteks, kekata 'masak' dan kata gandanya, 'masak-masak', boleh membawa pelbagai erti, malah adakalanya tiada kena-mengena dengan makanan, seperti matang, faham benar dan teliti. - Foto fail -
LAPORAN mengenai masakan yang biasa kita makan - roti canai di Malaysia atau perata di Singapura - dinobatkan sebagai makanan jalanan kedua terbaik di dunia menarik perhatian.
Turut tersenarai dalam senarai 50 masakan terbaik oleh TasteAtlas - sebuah panduan makanan tradisional yang mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular - ialah bubur ayam, masakan yang tidak asing bagi kita, di tangga ke-13.

