Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bersedia kenaikan kos laksana badal haji tahun ini

Kos boleh cecah sehingga $7,500 seorang, daripada $900 hingga $2,500 sebelum ini
Feb 08, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam di sini perlu bersedia berdepan dengan kenaikan kos bagi melaksanakan badal haji tahun ini.



Jika sebelum ini harga bagi khidmat badal haji adalah sekitar $900 hingga $2,500 seorang, ia dianggarkan mencecah $7,500 seorang sekarang, menurut beberapa ejen penjualan pakej haji dan umrah.



Ini susulan langkah kerajaan Arab Saudi membataskan jumlah jemaah tempatan yang menghendaki mereka mendaftar sebelum dipilih menunaikan haji dan diperlukan mengambil pakej ibadah haji yang ditawarkan dengan harga lebih tinggi tahun lalu - antara $4,340 hingga $5,935 seorang.



Arab Saudi melarang jemaah antarabangsa untuk menunaikan haji sejak dua tahun lalu - 2020 dan 2021.



Pemeriksaan akhbar ini mendapati, syarikat pengurusan ibadah haji di sini rata-rata telah menggantung atau memulangkan semula wang yang telah dilunaskan pelanggan bagi pelaksanaan ibadah badal haji sebelum ini.



Badal adalah perkataan bahasa Arab yang jika diterjemahkan ke bahasa Melayu bererti 'ganti'. Oleh itu, 'badal haji' bermaksud ibadah haji yang diupahkan kepada seseorang untuk dilaksanakan sebagai ganti kerana adanya halangan tertentu seperti sakit, usia tua (uzur) atau kematian ke atas orang yang seharusnya mengerjakan haji.



Bagaimanapun, ibadah badal haji hanya boleh dilakukan oleh mereka yang telah biasa melakukan ibadah haji sahaja.



Syarikat Shahidah Travel & Tours Pte Ltd, Halijah Travels Pte Ltd, Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd, TM Fouzy Travel & Tours Pte Ltd dan BadalHaji.sg yang dihubungi Berita Harian (BH) kesemuanya melaporkan hal serupa - menunggu keputusan Arab Saudi dalam menentukan kedudukan ibadah haji bagi jemaah antarabangsa tahun ini.



Tahun lalu, hanya 60,000 jemaah manakala pada 2020 pula, hanya 1,000 orang sahaja dari kalangan warga Saudi dan penduduk tempatan diizinkan menunaikan haji.



Langkah ketat ini demi membendung penularan pandemik Covid-19.



Kebanyakan yang dipilih pula adalah jemaah kali pertama.



Ini sekaligus menyukarkan usaha pelaksanaan badal haji.



Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahit Jumat berkata, sebelum ini berkata pihaknya menawarkan harga $2,000 bagi pelaksanaan badal haji, namun disebabkan langkah Saudi menaikkan kos pakej haji tempatan, pihaknya terpaksa akur.



"Disebabkan banyak pertanyaan, kami terpaksa mengikut harga tahun lalu dan ada diantara jemaah menokok jumlah yang telah pun dibayar sementara ada pula dikembalikan wangnya. Jadi untuk tahun ini, kami menunggu penjelasan pihak Saudi, jika harganya tinggi, kami akan naikkan, kalau ia lebih rendah, kami akan turunkan.



Diminta mengulas akan tindakan beberapa syarikat di sini menawarkan pakej badal haji yang rendah, Ustaz Tengku Fouzy berkata, harga sedemikian "tidak menjamin seseorang jemaah pergi haji dengan betul".



"Bagi jemaah tempatan, bayaran untuk ke Arafah sahaja dah tinggi. Jadi harga yang ditawarkan tidak mencukupi," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >