Bersemangat terus jadi mentor apabila lihat menti berubah lebih yakin
Premium
Bersemangat terus jadi mentor apabila lihat menti berubah lebih yakin
Dilancarkan lima tahun lalu bagi mendampingi masyarakat mengorak langkah ke arah model masyarakat minoriti berjaya terserlah, M Kuasa Tiga (M³), telah berubah dan berkembang menjadi wadah yang mendekati masyarakat bagi mengenal pasti keperluan mereka. Program serta inisiatif yang dilaksanakan di bawah empat bidang tumpuan juga telah membantu golongan yang memerlukan dan pada masa yang sama memberikan wadah kepada sukarelawan untuk berkhidmat kepada masyarakat. BERITA HARIAN menemu ramah beberapa individu yang telah meraih manfaat daripada program-program di bawah M³.
Jan 24, 2023 | 5:30 AM
MELIHAT belia yang dibimbingnya berubah lebih matang dan yakin dalam kehidupan mereka seolah 'ganjaran' baginya yang mendorong beliau terus ingin mendampingi mereka sebagai mentor.
Aktif dalam program akar umbi sejak di bangku sekolah menengah lagi, Cik Syerifah Munawwarah Ibrahim Alsagoff tertarik menjadi mentor atau pembimbing kepada belia lain bagi mengisi jurang yang wujud dan membina keupayaan.

