Bersyukur diterima bekerja selepas rasa 'dibuang' rakan dan keluarga
Premium
Bersyukur diterima bekerja selepas rasa 'dibuang' rakan dan keluarga
Usaha dan sokongan masyarakat amat besar untuk membantu bekas pesalah dalam perjalanan mereka berintegrasi semula dengan masyarakat. Pertandingan Memasak Reben Kuning (YRCC), mengajar banduan kemahiran memasak dan berkongsi hidangan mereka dengan keluarga tersayang. BERITA HARIAN menyorot bekas pesalah yang bertekad mulakan hidup baru.
Aug 2, 2022 | 5:30 AM
SOKONGAN INTEGRASI SEMULA: Pekerja Kream, yang dikenali sebagai 'Didi', ingin membina masa depan yang lebih baik walaupun melalui beberapa cabaran. - Foto ATIKAH JAMIL -
KEPENTINGAN sokongan selepas banduan dibebaskan amat penting. Ujian sebenar transformasi pesalah bukan di penjara tetapi dalam masyarakat di mana beliau akan diuji dan digoda dengan beberapa cabaran.
Mereka perlu sokongan untuk kembali bekerja dan memberi golongan ini permulaan yang baik dalam proses integrasi semula dan perjalanan mereka untuk pulih.

