Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Betulkah kanak-kanak main hujan mudah sakit?

Jan 10, 2022 | 05:30 AM



BERMAIN dalam hujan adalah antara kenangan manis dalam zaman kanak-kanak saya dahulu, dan saya mahukan anak saya mengalaminya juga.



Bermain kejar-kejar dalam hujan, melompat dalam lopak, turun gelongsor yang basah dan licin - seronoknya!



Sudah beberapa kali saya cuba membawa anak saya bermain hujan, tetapi ada sahaja yang menghalang.



Hujan terlalu lebat, angin terlalu kencang, hujan dah berhenti, ada-ada saja.



Tapi penghalang utama bagi saya ialah perasaan malu terhadap jiran tetangga.



Saya takut orang ingat saya ini tak pandai jaga anak. Hujan-hujan bawa anak turun. Kesian nanti budak itu sakit.



Tapi minggu lalu, saya tebalkan muka dan bawa anak saya turun semasa hari hujan.



Saya tidak mahu terlepas hujan yang diramalkan dalam minggu pertama bulan ini, yang dijangka susut dalam minggu kedua.



Melihat hujan yang tidak terlalu lebat pagi Ahad lalu, saya segera pakaikan anak saya baju hujan dan but getah, dan saya sendiri menyarung ponco.



Anak saya melompat dalam lumpur, berjalan dalam hujan dan mendongak ke langit untuk melihat dari mana turunnya air hujan.



Dia memerhatikan bunga dan daun yang basah, orang-orang berjalan membawa payung, dan taman permainan yang lengang.



Saya pula melihat banyak peluang pembelajaran dalam hujan.



Saya dapat mengajar tentang panas dan sejuk, basah dan kering, dari mana datangnya hujan, dan siapa yang turunkan hujan.



Saya mengambil kesempatan mengajar doa ketika turun hujan, dan bercerita sedikit tentang tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang meraih manfaat daripada hujan.



Kami nyanyikan lagu kanak-kanak Tanya Sama Pokok dan Rain, Rain Go Away bersama.



Selepas 20 minit, kami pulang dan saya segera memandikan anak saya dengan air suam dan memberinya minuman hangat.



Selepas itu, dia bersin-bersin sedikit, tapi selain daripada itu, dia nampak okay.



Sebelum saya bawa anak saya turun bermain hujan, saya membuat sedikit kajian di dalam talian sama ada betulkah hujan boleh membuat seseorang itu sakit.



Sebenarnya, saya tidak faham apa bezanya bermain hujan dengan berendam di laut atau kolam renang. Kedua-duanya membuat seseorang itu basah dan sejuk.



Kajian ringkas saya mendapati, hujan menurunkan suhu badan kanak-kanak, dan buat sementara waktu melemahkan sistem imun mereka, menjadikan mereka rentan kepada virus dan bakteria.



Kanak-kanak mengalami selesema selepas bermain hujan pula disebabkan oleh penyesuaian yang dilakukan oleh hidung ke atas udara lebih dingin yang dihirup, serta proses kondensasi yang berlaku di lubang hidung.



Jadi, selepas terdedah kepada hujan, kanak-kanak itu perlu segera dikeringkan. Mandi dengan air suam akan memanaskan badan kembali.



Saya berasa lebih yakin setelah memahami yang hujan tidak membuat kanak-kanak jatuh sakit, kerana ada banyak manfaat daripada kegiatan bermain hujan.



Laman Pentagon Play berkata kanak-kanak membangunkan kemahiran fizikal dengan lebih cepat dalam keadaan hujan.



Keadaan tanah atau lantai yang licin menghendaki kanak-kanak berusaha lebih gigih untuk memastikan keseimbangan badan yang baik.



Mereka juga dapat menggunakan kemahiran berfikir kritikal seperti dalam membuat keputusan sama ada lebih mudah untuk berjalan di lumpur atau rumput ketika hujan turun.d



Kanak-kanak dapat meneroka pelbagai konsep sains, seperti proses kitaran air, awan dan cuaca menerusi permainan.



Bermain dalam hujan juga membuat kanak-kanak lebih berdikari. Mereka perlu memikirkan pakaian yang sesuai untuk disarungkan seperti baju hujan dan but getah, dan mereka perlu menggantung dan menjemurnya selepas digunakan.



Saya rasa rugi untuk duduk di rumah sahaja pada hari hujan apabila banyak pembelajaran dapat dilakukan di luar hanya jika kita dapat mengubah pandangan kita terhadap fenomena cuaca itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >