Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

BH teruskan transformasi demi tingkat jangkauan, khususnya golongan muda

Penyampaian Anugerah Jauhari Berita Harian ke-25 diadakan pada 3 November dengan Pengarah Urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast (TEL) merangkap Naib Presiden Kanan (Hubungan Strategik) SMRT Corporation, Encik Shahrin Abdol Salam, dinobat sebagai Jauhari manakala bakat muda penyanyi serta penggubah lagu Shazza, yang nama sebenarnya Shareefa Aminah Abdul Shariff, diberi Anugerah Jauhari Harapan. Dalam ucapannya di majlis di Hotel Four Seasons itu, Editor Berita Harian/Minggu, Encik Nazry Mokhtar, menggariskan usaha akhbar berbahasa Melayu tunggal di Singapura ini ke arah transformasi digital. Berikut ucapan beliau.
Nov 12, 2023 | 05:30 AM



Inai di jari pengikat cinta

Madah berkasih rindu terubat

Sembah salam pemanis kata

Majlis berhimpun semoga berkat

Tahun ini kita meraikan ulang tahun ke-25 Anugerah Jauhari. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua, khususnya para penaja, pengiklan, rakan korporat dan panel hakim, termasuk penyampai tahun ini, FairPrice Group, atas sokongan anda.

Lebih ramai penerima Anugerah Jauhari dan Jauhari Harapan kini datang daripada latar belakang yang berbeza. Tahun ini tidak terkecuali. Ini sekali gus mencerminkan bakat masyarakat kita yang semakin berkembang. Ini satu trend yang baik dan membuktikan kesediaan masyarakat untuk meneroka bidang baru dan meluaskan potensi mereka.

Sama penting, penerima anugerah bukan sahaja cemerlang dalam bidang masing-masing, malah turut aktif menyumbang kepada masyarakat. Bak kata pepatah: Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa.

2023 merupakan tahun penuh peristiwa bagi Berita Harian. Sejak awal tahun, BH telah melalui satu transformasi besar. Terdapat peralihan kepimpinan dan penyusunan semula utama bilik berita kami.

Saya berasa rendah diri kerana diberi peluang menerajui BH sebagai editor pada Jun. Sejujurnya, ia adalah satu tugas yang mencabar. Tetapi saya bertuah kerana mempunyai pasukan yang kreatif dan bermotivasi tinggi yang akan membawa yang terbaik daripada BH.


Di bawah transformasi ini, kami menyasarkan untuk menjadi organisasi berita Digital Dahulu, atau Digital First. Dengan strategi ini, kami mengalihkan tumpuan daripada menjadi media cetak semata-mata dengan beberapa kandungan digital, kepada bilik berita benar-benar berbilang media dengan kandungan cetak.

Sejak Jun, kami telah merombak operasi berita kami dengan memperkenalkan kandungan dan ruangan baru serta meningkatkan liputan serantau. Kami juga merekrut bakat muda untuk membawa idea-idea segar dan menambah kedinamikan ke bilik berita.

Kami kini mempunyai pasukan media sosial yang berdedikasi dan pasukan khas untuk melibatkan audiens dan rakan kongsi kami. Dan seperti yang anda lihat dalam video sebelum ini, kami kini mempunyai bilik berita serba baru, yang telah diubah suai dengan kemudahan yang lebih baik seperti pemantau data, studio rakaman dan ruang kerjasama untuk menjana kandungan kreatif.

Selain itu, strategi kandungan kami juga telah berubah. Kini, kami tidak lagi boleh menghasilkan kandungan dan berharap orang ramai akan perasan dan membacanya. Kami kini melakukan tiga perkara: Pertama, fahami keperluan khalayak kami melalui analisis data. Kedua, melibatkan khalayak kami melalui interaksi dalam talian dan fizikal. Dan ketiga, mengetengahkan kandungan kami menerusi media sosial untuk meningkatkan jangkauan kami.

Dan paksi strategi kami ialah menjangkau khalayak muda. Bulan depan, kami merancang untuk melancarkan platform baru, yang dipanggil OMG, untuk mendekati golongan muda. Jadi, sila perhatikan.

Tanda-tanda awal sangat menggalakkan. Saya ingin menyerlahkan beberapa hasil positif memandangkan bos saya ada di sini malam ini. Kami telah berjaya meningkatkan capaian kami sejak beberapa bulan lalu. Pelibatan media sosial kami (iaitu like, follow dan share) telah mencecah sejuta. Bahkan pelibatan media sosial kami mencapai hampir dua juta bulan lalu. Ini adalah empat kali ganda lebih tinggi daripada Jun.

Peningkatan dalam pelibatan media sosial secara langsung telah meningkatkan jumlah paparan halaman ke laman web kami. Paparan halaman merupakan kunjungan ke laman web dan KPI korporat utama kami. Jumlah kunjungan ke web kami telah melepasi satu juta kunjungan setiap bulan sepanjang tiga bulan lalu dan dicapai dengan adanya sekatan berbayar.

Kami tidak berpuas hati dengan kejayaan yang diraih sejauh ini. Keputusan awal ini akan memberi kami rangsangan untuk meneruskan transformasi BH. Saya berharap untuk mengumumkan keputusan yang lebih baik apabila kita bertemu lagi tahun depan.

Transformasi kami tidak mungkin berlaku tanpa tiga faktor utama. Pertama, pasukan pengurusan kanan SPH Media telah memainkan peranan penting dalam transformasi yang kami lakukan. Kami berterima kasih kepada pengerusi kami, Encik Khaw Boon Wan; Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Teo Lay Lim; Ketua Pengarang, Encik Wong Wei Kong, dan Pejabat Transformasi SPH Media, atas sokongan dan bimbingan mereka.

Kedua, sokongan pemerintah telah terbukti menjadi talian hayat. Pembiayaan yang pemerintah berikan melalui SPH Media telah membolehkan BH meningkatkan keupayaan teknologi maklumat (IT) kami dan membangunkan bakat. Sebagai Editor, saya ingin memberi jaminan bahawa sokongan pembiayaan ini tidak akan menjejaskan integriti dan profesionalisme kami sebagai wartawan. Malah, semua pihak berkepentingan – pemerintah, SPH Media dan masyarakat – bersetuju dengan objektif penting negara ini – peri perlunya menjaga kebebasan bilik berita untuk mengekalkan kredibiliti media kami dan mengekalkan kepercayaan pembaca kami.


Akhir sekali, transformasi kami tidak akan tercapai tanpa sokongan pasukan BH. Tinjauan dalaman terbaru SPH Media menunjukkan BH mempunyai bilik berita yang paling bermotivasi dan ini telah menjadi faktor utama yang memacu transformasi kami. Hampir semua kakitangan kami berada di sini bersama kami malam ini. Saya ingin menjemput mereka berdiri untuk mengenalkan diri mereka. Sila sertai saya dalam merakamkan penghargaan kami kepada mereka dan memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha ke arah lebih cemerlang.


Sebelum saya akhiri, sila like, follow dan share FB, IG, Tiktok, Youtube dan Telegram kami.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >