SEMASA pandemik Sars pada 2003, bapa Cik Nadia Ahmad Samdin disuruh mengambil persaraan awal daripada kerjayanya dalam industri penerbangan.

Sebagai satu-satunya pencari nafkah dengan dua anak yang masih bersekolah ketika itu, keluarganya menghadapi kesempitan kewangan.