Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bila 9,450 penagih hampir 'joli katak' dengan 25kg heroin, ganja & 'Ice' selama seminggu...

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



DALAM satu serbuan yang dijalankan pada 11 November lalu, pegawai CNB telah merampas sejumlah besar dadah pelbagai jenis yang ditaksirkan bernilai hampir $2 juta.



Dadah yang dirampas itu termasuk lebih 14kg heroin, 8kg ganja dan hampir 3kg 'Ice'.



Ini merupakan rampasan heroin terbesar di Singapura dalam 19 tahun, dan seramai lima orang telah diberkas.



Siasatan ke atas kegiatan dadah kesemua suspek pesalah dadah ini sedang berjalan.



Berdasarkan berat dadah yang dirampas itu, agak sukar untuk memahami sepenuhnya kesan buruk dadah-dadah ini ke atas pengguna, keluarga mereka dan masyarakat.



Menurut CNB, 14 kilogram (kg) heroin cukup untuk memenuhi ketagihan 6,740 penyalahguna heroin untuk seminggu, sementara ganja seberat 8kg pula mampu menampung keperluan 1,080 penagih untuk seminggu, dan 3kg 'Ice' - yang merupakan dadah tiruan - boleh digunakan 1,630 penagih dadah berkenaan selama seminggu.



"Kesannya bukan dihadapi penyalahguna dadah itu sahaja, tetapi juga keluarga mereka dan orang-orang yang mereka sayangi, yang perlu menangani kesan ketagihan itu.



"Golongan muda lebih rentan, dan kita harus sentiasa menekankan buruknya penyalahgunaan dadah. Ini yang harus dilakukan bagi membetulkan salah tanggapan, sedang mereka punya saluran menelusuri budaya popular atau media sosial. CNB bekerja bertungkus lumus dan meletakkan pelbagai sumber bagi memerangi penyalahgunaan dadah," kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Prof Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Semasa wawancara ini, beliau mendedahkan, sewaktu interaksi sejak beberapa bulan lalu dengan bekas penyalahguna dadah, dan juga mereka yang masih terkial-kial dengan ketagihan, "ramai orang muda memberitahu saya mereka mula menyalahguna dadah kerana berasa tertekan untuk mencuba selepas rakan-rakan menyuruh mereka".



"Ada kata ia disebabkan rasa bosan atau ingin tahu. Ada pula terangkan mereka melihat penyalahgunaan dadah sebagai satu kaedah atau jalan keluar kepada masalah mereka disebabkan kurangnya bimbingan ibu bapa.



"Tetapi satu jawapan yang sering diberikan orang-orang muda ini ialah, mereka semua ingat mereka boleh menghentikan tabiat ini bila-bila mereka mahu.



"Rupanya, dah lama baru mereka tahu yang pemahaman mereka jauh menyimpang. Dadah ini bawa ketagihan dan boleh mudaratkan kesihatan," kata Dr Faishal.



Percubaan pertama akan mendorong kesan fisiologi dan psikologi agar lebih teringin untuk menghisapnya buat kali kedua, dan ini kemudian membawa kepada lingkaran ketagihan yang buruk.



Dalam usaha meranapkan bekalan dadah di sini, CNB melakukan pendekatan tiga serampang:



  • Mengadakan hubungan kerja yang kukuh dengan pihak berkuasa luar negara bagi menjalankan operasi bersama yang mensasarkan pengedaran dadah dan aktiviti pengeluarannya di luar negara, dan menukar-nukar maklumat dengan mereka bagi mematahkan pengaliran dadah ke Singapura

  • Bekerja rapat dengan Jabatan-Jabatan Home Team lain bagi mengesan dan mencegah pengaliran dadah di dalam atau di luar Singapura, dan

  • Menjalankan operasi penguatkuasaan secara bertubi dan bertepatan masa antara CNB dan Polis bagi memberkas pengedar dadah dan penyalahguna dadah dalam negara ini.

"Strategi ini berjalan baik untuk kita, dan saya yakin CNB akan terus menuruti rentak cabaran yang ada di depan kita," ujar Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >