Premium
BN-Umno dijangka menang tapi usah tolak berlaku kejutan
Mar 12, 2022 | 5:30 AM
PIKAT PENGUNDI: Calon muka baru parti Muda, Cik Amira Aisya Abdul Aziz (dua dari kanan), giat mendekati penduduk semasa berkempen semasa pilihan raya Johor kali ini. - Foto BH oleh BASIR SISWO -
HARI ini rakyat Johor akan keluar mengundi untuk memilih kerajaan negeri yang baru.
Lebih 2.5 juta penduduk layak mengundi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menjangkakan hanya sekitar 70 peratus akan ke pusat mengundi memandangkan kebimbangan jangkitan virus Covid- 19.

