Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CATATAN WARTAWAN

Buat gitar sendiri beri ketenangan minda

Sep 12, 2020 | 05:30 AM



UMPAMA terapi buat ketenangan minda dan mengurangkan tekanan.



Bosan kerana tidak dapat ke luar negara semasa cuti seminggu Julai lalu, saya mengambil keputusan memulakan projek membina sendiri sebuah gitar elektrik selepas menonton kursus pembinaan gitar dan reka bentuk kayu dalam talian.



Dengan ilmu dan keyakinan yang diraih, saya mula membeli beberapa komponen gitar dari China, Korea dan Jepun menerusi wadah perdagangan elektronik ketika tempoh promosi Jualan Raksaksa Singapura (GSS).



Dengan itu, proses pembinaan gitar merangkumi pelbagai aspek yang bermula dengan meletakkan cat pemasangan bahan perkakasan atau hardware dan pemasangan bahan elektronik.



Kesemuanya proses itu mengambil kira-kira tiga minggu untuk siap sepenuhnya.



Cat Gitar



Proses mengecat gitar mula dengan menggunakan pengisi kayu atau wood filler, yang boleh didapati dalam bentuk cecair atau botol semburan.



Ini penting agar kayu gitar itu tidak meresap angin atau air hingga ia menjadi lembap.



Selepas itu saya menggunakan botol cat aerosol yang disembur di kawasan yang mempunyai aliran angin yang baik seperti di taman sambil menggunakan alas dan memakai pelitup agar tidak terhidu wasapnya yang bakal membawa kesan kesihatan negatif.



Terdapat beberapa jenis cat dan setiap jenis mempunyai ciri yang berebeza. Terutamanya terdapat dua kategori cat iaitu lakuer - yang lebih lembut - atau poliuretana (polyurethane) - yang lebih keras seperti plastik.



Saya memilih lakuer hitam kerana ia salah satu ciri popular bagi gitar yang dibina pada tahun 60-an dan terkenal akan proses pemulihannya yang berlangsung seumur hidup kerana ia akan menyebabkan perubahan warna berdasarkan usia gitar itu dan cara ia digunakan.



Ia mengambil sekurang-kurangnya tiga minggu untuk kering, namun oleh kerana cuaca Singapura yang lembab, saya kira proses itu harus dilanjutkan hingga sebulan atau dua bulan supaya bahan itu kering sepenuhnya.



Bagi memberi penampilan gitar yang vintage, seolah ia sudah lama digunakan, saya menggores lakuer yang sudah kering itu di bahagian yang sering akan menyentuh tubuh badan saya sewaktu digunakan.



Pasang Hardwe



Setelah mengecat dan mengilatkan badan guitar itu, datang pula masanya untuk memasang leher papan fret gitar di badannya.



Setiap tahap pemasangan ini perlu diukur dengan teliti, jika tidak, tali gitar yang dipasang tidak boleh mencapai penalaan yang tepat.



Selepas leher gitar dipasang, saya melengkapkan kemudahan lain seperti alat penalaan, tempat letak tali dan sebagainya. Ini juga perlu ukuran yang teliti agar tali tidak mudah diputus sewaktu gitar itu digunakan.



Pasang bahan elektronik



Proses terakhir adalah pemasangan bahan elektronik seperti pickups; iaitu sebuah magnet elektronik yang menangkap getaran tali gitar untuk menghasilkan bunyi di amplifier dan wayar.



Ciri ini sangat penting dalam pembentukan bunyi gitar itu secara keseluruhan dan proses ini juga bakal menguji kemahiran kami dalam penggunaan besi pematerian.



Namun, pengguna harus berhati-hati agar tidak menghidu wasapnya yang racun dan mengelakkan daripada terkena besi yang panas dan boleh menyebabkan kecederaan.



Cabaran yang dihadapi



Meskipun sepanjang proses ini amat menyenangkan, saya hadapi pelbagai cabaran yang disebabkan cuaca yang lembap serta bahan yang tidak sesuai digunakan hingga menyebabkan cat tidak kering dengan sepenuhnya.



Kadangkala, proses melengkapkan wayar itu tidak tepat dan saya terpaksa membuka semula komponen gitar itu untuk menyolder semula wayarnya.



Tambahan pula, saya dapati sumber rujukan yang dihasilkan di lain negara memang bermanfaat tetapi ia tidak mengambil kira jika bahan-bahan yang digunakan untuk membina gitar itu dijual di Singapura atau sama ada ia sesuai dengan cuacanya.



Namun, saya rasa amat puas hati bagi percubaan pertama membina gitar ini, dan saya perlu mempertingkatkan lagi kemahiran dengan merujuk kepada seorang yang mahir dalam bidang reka bentuk kayu atau seorang pencipta alat muzik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >