Buat, jual 'butter cookies' bagi isi masa terluang
Pasangan muda yang biasanya pulang ke Johor setiap hujung minggu, kini terpaksa sambut Tahun Baru Cina di Singapura bersama rakan serumah
Ada yang dapat menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama teman di sini. Ada pula yang terus merindui keluarga kerana tidak dapat balik kampung. Dengan sempadan terus ditutup bagi semua kecuali bagi mereka yang ada urusan tertentu ekoran pandemik Covid-19 ini, ramai penduduk berasal dari Malaysia yang menetap di Singapura terpaksa menunggu peluang yang membolehkan mereka menemui keluarga di seberang Tambak. Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, BERITA MINGGU mewawancara dua penduduk asal Malaysia yang bekerja di sini agar dapat mengetahui bagaimana mereka menyambut perayaan tersebut di Singapura.
MESKIPUN jauh dari keluarga, semangat menyambut Tahun Baru Cina terus dikekalkan.


