Premium
Buka cawangan baru, bantu penduduk Lengkok Bahru
Oct 11, 2021 | 5:30 AM
HULUR BANTUAN: Relawan Persatuan Muslim India Bersatu (Uima) mengagihkan bekalan makanan kepada penduduk di Lengkok Bahru. - Foto UIMA -
BAGI mengenal pasti keperluan penduduk susah di sesebuah kawasan, aktivis dan relawan Persatuan Muslim India Bersatu (Uima) sanggup pergi dari rumah ke rumah untuk mendekati warga yang memerlukan.
"Penduduk Muslim India lazimnya segan mahu meminta bantuan justeru kami perlu mendekati mereka," kata Pengurus Eksekutif Uima Encik Muhammad Habib.

