Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CABARAN, HARAPAN MENJAGA ‘ANAK ISTIMEWA’

Ibu tunggal dua anak autisme cekal tempuhi cabaran

Feb 07, 2022 | 05:30 AM



SATU demi satu dugaan yang mendatang namun untuk menyerah kalah, tidak sama sekali.



Bagi Cik Nurul Jannah Hamzah, 34 tahun, yang bekerja sebagai Penolong Pentadbiran di sebuah syarikat swasta, anak-anaknya ialah penguat semangat buat dirinya walaupun jasadnya sering keletihan disebabkan kerja dan menjaga dua anak berkeperluan khas.



Anak-anak Cik Nurul yang berusia 14 dan lima tahun adalah hasil dua perkahwinan yang gagal. "Sayalah segala-galanya untuk mereka. Saya yang menampung perbelanjaan, dan saya juga yang menguruskan mereka. Terus terang, saya tidak ada masa untuk berehat," katanya kepada Berita Harian (BH).



Cik Nurul mendapat tahu anak pertamanya menghidapi autisme ketika anak itu berumur lebih kurang lima tahun. "Sewaktu itu, saya masih muda, dalam lingkungan 20-an, sedang melalui perceraian. Fikiran saya berserabut dan saya tidak dapat terima kenyataan. Saya sering menangis, dan menyalahkan diri saya. Kenapa saya?"



 





Anak sulung Cik Nurul juga disahkan ada beberapa masalah lain seperti palsi serebrum tahap minimum dan kelewatan perkembangan atau Growth Development Delay (GDD), yang akan menjejaskan pertumbuhannya. Anaknya yang kini sudah berusia 14 tahun, telah melalui beberapa pembedahan di bahagian mata dan juga kakinya.



"Apabila saya mengandung kali kedua, semuanya berjalan lancar. Saya tidak mengalami ada apa-apa masalah," jelas Cik Nurul.



Apabila anak keduanya berumur setahun lebih dan mula bersekolah, Cik Nurul dipanggil guru tadika yang memintanya membawa anak itu berjumpa doktor di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) untuk diperiksa. "Saya rasa pelik, kerana berbanding dengan abangnya, dia lebih advanced. Dia boleh bercakap, boleh berjalan lebih awal dari abangnya. Saya tanya pada doktor, apakah saya yang bermasalah?"



Cik Nurul akhirnya menerima kenyataan anak keduanya itu juga mengalami autisme dan meneruskan perjuangannya membela dua anak kesayangannya walaupun kerap kali dibelenggu masalah kewangan, tekanan mental dan emosi.



"Kawan-kawan tak faham. Kadangkala mereka mengajak saya keluar, suruh saya tinggalkan anak saya dengan mak, tapi bukan semudah itu untuk saya. Bila keluar, saya stres bila anak saya berkelakuan 'nakal' dan saya tahu ada orang tak puas hati, tenung saya, seakan saya tidak pandai jaga anak," katanya yang sudah biasa dengan pandangan serong sebegitu.



Masa lapang hampir tidak wujud bagi Cik Nurul. Sejurus pulang dari kerja, anak kecilnya memerlukan perhatiannya sepenuh masa. "Dia memang tak boleh berpisah dari saya. Selalu saya pulang kerja tak dapat nak salin pakaian pun. Sampailah dia tidur, barulah saya boleh uruskan diri saya pula".



Untuk memperkasakan dirinya, Cik Nurul selalu menimba pengetahuan tentang autisme dari sumber-sumber di Internet, terutama dari Amerika Syarikat. Menurutnya, sumber-sumber itu lebih lengkap dan maju berbanding dengan apa yang ada di sini.



Dalam kesibukannya, Cik Nurul sempat bergiat aktif di sosial media untuk meningkatkan kesedaran melalui akaun Instagram dan TikToknya. Cik Nurul sering berkongsi kisah hariannya sebagai ibu tunggal dengan anak-anaknya yang berkeperluan khas. Dia berharap lebih ramai orang akan tahu tentang autisme dan akan lebih memahami golongan istimewa itu.



"Kalau diberi peluang untuk meminta satu permintaan, saya nak minta Allah izinkan saya hidup selama-lamanya. Sampai anak saya tutup mata," kata Cik Nurul sambil memeluk erat anak kecilnya.




BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG



"Kawan-kawan tak faham. Kadangkala mereka mengajak saya keluar, suruh saya tinggalkan anak saya dengan Mak, tapi bukan semudah itu untuk saya. Bila keluar, saya stres bila anak saya berkelakuan 'nakal' dan saya tahu ada orang tak puas hati, tenung saya, seakan saya tidak pandai jaga anak.

...Kalau diberi peluang untuk meminta satu permintaan, saya nak minta Allah izinkan saya hidup selama-lamanya. Sampai anak saya tutup mata.''


- Cik Nurul Jannah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >