SELEPAS hampir sedekad, pameran dan program kendalian Taman Warisan Melayu (TWM), 'Se-Nusantara', yang berjumlah lima siri telah berakhir.

Siri itu membawa masyarakat subetnik Melayu Singapura seperti Bawean, Minangkabau, Jawa, Bugis dan Banjar mendapatkan lebih perhatian agar menjadi tumpuan bagi masyarakat awam.