IA semua bermula apabila terdapat laporan bahawa bidaan bagi Sijil Hak Memiliki (COE) Kenderaan untuk kategori motosikal mencecah sehingga $10,000 kali pertama dalam sejarah.

Melihat reaksi pengguna motosikal yang rata-ratanya berang dan risau terhadap situasi itu, membuat wartawan Encik Muhammad Nur Hakim Mohd Yusof mengambil kesempatan itu untuk menyelongkar lebih lanjut mengenai isu tersebut.