ketika tirai lembayung menutup senja horizon sana bertukar fana kau kirai sayapmu melayah dengan ciau mengiangkan harap turunnya tabir hari kali ini bakal mengganti kelam maya ketika langit tenggelam dalam kesamaran riamu masih bermain dalam sisa cahaya
duhai camar senja ini buana kita padat padu dengan segala keanehan bukitmu adalah bukitku tetapi rumahku ada, sarangmu tiada bila pepohon tumbang digigit mesen gergaji lautmu adalah lautku tetapi ikan tidak lagi bisa bermain kerana jaring terentang siang malam angin senja yang lembut juga milikmu dan milikku tetapi bahang sakitnya meratah usiamu
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg