Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Panasnya! Cara elak strok haba

May 15, 2023 | 05:30 AM



MINGGU ini adalah minggu terakhir di bulan Syawal dan mungkin masih yang ramai ingin keluar beraya.



Dalam masa yang sama, ramai yang akur dengan cuaca panas dan baru-baru ini, Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) melaporkan cuaca panas dan lembab dijangka berterusan pada separuh pertama Mei.



Suhu harian diramal mencecah sehingga 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari pada sebelah petang dalam tempoh tersebut, dan 35 darjah Celsius pada beberapa hari.



Bagi mereka yang mahu beraya atau ke mana sahaja, pastikan untuk meluangkan banyak masa untuk berada di dalam rumah atau bangunan bagi mengelakkan tubuh kekurangan air.



Ini adalah beberapa cara untuk kita mengharungi cuaca panas pada ketika ini bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan seperti strok haba.



Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengurangkan aktiviti luar.



Apabila kita terdedah secara langsung dengan gelombang panas, ia menyebabkan badan berpeluh dan sekali gus mengakibatkan tubuh kurang air sehingga menghadapi risiko kesihatan.



Langkah tersebut perlu juga disusuli dengan pengambilan air minuman yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter atau enam gelas sehari.



Apabila tubuh tidak mendapat air yang mencukupi, ia akan mengakibatkan kekejangan dan keletihan.



Oleh itu, pastikan kita untuk duduk di kawasan yang terlindung daripada gelombang panas dan mempunyai pengudaraan baik.



Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.



Adalah penting untuk kita banyakkan meminum air kosong walaupun tidak terasa dahaga bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal atur suhu badan.



Beliau turut meminta mereka yang tidak sihat supaya mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat.




MUSIM PANAS



Berdasarkan pemantauan status cuaca panas dan lembab dijangka berterusan, misalnya keadaan cuaca pada April, agensi cuaca itu menyatakan bahawa suhu maksimum harian melebihi 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari, suhu 35 darjah Celsius atau lebih dicatat pada sembilan hari.



Suhu harian tertinggi 36.1 darjah Celsius dicatat di Woodlands pada 14 April. Ia juga suhu tertinggi yang dicatatkan sejauh ini dalam tahun 2023.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga menyatakan meskipun Singapura mengalami cuaca panas sejak lewat kebelakangan ini, suhu di negara ini "tidak berkemungkinan" akan mencecah 40 darjah Celsius dalam minggu-minggu mendatang.



NEA menyatakan ia sedia maklum akan kiriman mesej tersebut, yang dipercayai memberi amaran kepada penduduk Singapura tentang kemungkinan gelombang haba antara 40 hingga 50 darjah Celsius.



NEA menyatakan tidak berkemungkinan bagi suhu di Singapura untuk mencecah setinggi 40 darjah Celcius dalam minggu-minggu akan datang.



Walaupun NEA menyatakan tidak berkemungkinan bagi suhu di Singapura untuk mencecah setinggi 40 darjah Celcius dalam minggu-minggu akan datang, namun bulan-bulan antara monsun pada April dan Mei lazimnya tempoh yang lebih panas sepanjang tahun.



Ini disebabkan pemanasan suria yang kuat serta keadaan cahaya dan angin yang berubah-ubah.



Keadaan antara monsun semasa dijangka berlarutan buat beberapa minggu akan datang, dengan suhu maksimum harian masih boleh mencecah 34 atau 35 darjah Celsius.



Punca musim panas di Singapura adalah di sebabkan fenomena El Nino dimana suhu lautan Pasifik meningkat menyebabkan hujan dan kelembapan meningkat di tengah lautan Pasifik dan musim kemarau (panas dan kering) di daerah tanah seperti Asia Tenggara termasuk Singapura.



Fenomena ini boleh mencetuskan kebakaran hutan, masalah jerebu , masalah kekeringan pada simpanan air di pusat tadahan air atau reservoir dan kekurangan bekalan makanan disebabkan keadaan kering.



Punca hujan lebat pula disebabkan oleh musim monsun barat daya. Kelembapan dari monsun barat daya mencetuskan hujan yang begitu lebat tetapi ia selalunya berakhir pada bulan April-Mei.



Bulan Mei boleh dikatakan bulan yang paling panas di Singapura dimana suhu boleh mencecah 35 darjah celcius.




KELETIHAN HABA



Dari segi kesihatan, kita perlu mengelakkan masalah keletihan haba atau heat exhaustion iaitu kekeringan dari keringat yang berlebihan.



Lebih serius lagi adalah keadaan heat stroke di mana seseorang itu menjadi terlalu kering dan tidak dapat mengawal suhu badan hingga suhu badan meningkat lebih dari 41 darjah celcius.



Keadaan ini disebabkan oleh pendedahan pada cuaca panas terutama sekali di kalangan warga emas.



Tanda-tandanya adalah seperti sakit kepala, banyak berpeluh, muka dan kulit menjadi pucat, mabuk dan hampir mahu pitam.



Jika ini berlaku, anda perlu beralih kepada tempat berteduh, lebihkan minuman air dan bejumpa doktor jika anda memakan ubat yang boleh menyebabkan masalah dehidrasi (ubat yang menyebabkan anda banyak buang air kecil).



Usah keluar beriadah pada suhu yang terik. Tunggu hingga suhu sekeliling kurang terik sebelum keluar beriadah ataupun beriadah dalam bangunan yang mempunyai alat hawa dingin dan tidak sesak dengan ramai orang.



Gunakan kipas angin ataupun alat hawa dingin jika anda mempunyai masalah tidur berkaitan dengan suhu yang panas.



Jika ada jerebu, anda juga perlu mengurangkan aktiviti luar rumah dan meningkatkan aktiviti dalam rumah atau bangunan.



Sila pantau kadar minuman dan elakkan dari membazir air untuk mengelakkan kekurangan bekalan air di reservoir.



Keadaan hujan lebat boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan raya disebabkan oleh jalan yang licin dan penglihatan menjadi kurang jelas.



Elakkan dari mandi laut atau bermain di longkang semasa hujan kerana air boleh menjadi terlalu deras menyebabkan kelemasan. Petir juga kerap berlaku dan anda perlu elakkan dari berteduh dibawah pokok kerana ini boleh meningkatkan risiko disambar petir.



  • Penulis doktor keluarga Banyan Clinic @ jw




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >