KANAK-KANAK yang cerewet dalam memilih makanan seharian mereka adalah salah satu faktor yang menyebabkan ibu bapa dan penjaga mereka hilang sabar dan menambah tekanan mereka ketika menjaga kanak-kanak kecil.
Ini kerana makanan yang dipilih kanak-kanak ini kebanyakannya kurang khasiat yang penting untuk perkembangan mereka.
Pilihan makanan yang terhad boleh mengakibatkan tekanan di antara anggota keluarga ketika makan bersama dan menjejas interaksi di perhimpunan sosial yang sering melibatkan makanan.
Kanak-kanak yang cerewet makan ialah mereka yang:
Dari kecil lagi, kanak-kanak digalakkan untuk mendapatkan diet seimbang yang penuh dengan khasiat, berbentuk asal dan kurang pengawet. Ia untuk pembangunan, mencegah penyakit dan pembaikan badan selain membekalkan tenaga untuk melaksanakan kegiatan harian dan aktiviti lasak.
Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kesukaran untuk makan, bermula dari mereka bayi lagi.
Di bawah pemantauan ibu bapa, bayi berumur di antara enam dengan 12 bulan digalakkan untuk menyuap sendiri makanan menggunakan tangan, sudu atau garpu serta memegang sendiri botol atau cawan beserta straw ketika minum, walaupun berkecah.
Tetapkan rutin makan bersama keluarga setiap hari supaya sistem deria anak-anak didedahkan dengan kepelbagaian sifat deria makanan yang dihidangkan.
"Dari kecil lagi, kanak-kanak digalakkan untuk memakan diet seimbang yang penuh dengan khasiat, berbentuk asal dan kurang pengawet, Ia untuk pembangunan, mencegah penyakit dan pembaikan badan selain membekalkan tenaga untuk melaksanakan kegiatan harian dan aktiviti lasak. Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kesukaran untuk makan, bermula dari mereka bayi lagi." - Penulis


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg