Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bercuti dengan si kecil leceh? Ini tipnya...

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



RAMAI yang mengaitkan percutian dengan peluang dan ruang untuk relaks - rehatkan badan, rehatkan minda.



Namun, definisi percutian seperti ini mungkin perlu diolah sedikit, khususnya untuk keluarga yang bercuti dengan anak kecil, kerana ia mungkin tidak se-relaks seperti yang diinginkan.



Berita baiknya, percutian keluarga anda pasti tetap menyeronokkan malah mungkin lebih seronok dengan kehadiran si kecil.



Asalkan ibu bapa bersedia menerima realiti bahawa percutian yang melibatkan anak kecil amat berbeza dengan percutian bulan madu atau bersama teman-teman.



Baru-baru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk bercuti ke Genting Highlands dengan menaiki kereta- dari rumah terus ke hotel, mudah bukan?



Mujur dalam kereta ada lima orang dewasa termasuk saya iaitu suami, ibu, bapa dan datuk saya, yang dapat melayan soalan yang datang bertubi-tubi daripada seorang anak kecil. Kalau tak, sebelum sampai ke hotel lagi mungkin dah penat melayan soalan-soalannya sendirian.



Topik yang menjadi tumpuan tidaklah sukar, hanya sesuatu yang spontan, yang biasanya timbul dalam perbualan harian seperti "eh cantik pokok itu."



Namun, daripada komen bersahaja yang kita buat itu, timbul soalan-soalan yang lebih terperinci yang datang dari si kecil, termasuk "apa?", "di mana?", "kenapa cantik?", "kenapa pokok itu di situ?", "kenapa warnanya hijau?" dan sebagainya.



Ada kalanya soalan yang diajukan terlalu terperinci sehinggakan kesemua lima orang dewasa yang berada di dalam kereta tidak dapat menjawabnya, dan terpaksa tukar topik.



Daripada pengalaman ini, saya dapati bahawa bahan-bahan hiburan untuk si kecil seperti alat elektronik, buku bacaan, buku mewarna, snek dan juga mainan kegemarannya amatlah penting untuk dibawa supaya dapat membantu ibu bapa memenuhi masa si kecil semasa menempuhi perjalanan jauh seperti ini.



Tapi jika mereka cukup selesa sehingga dapat melelapkan mata dalam perjalanan, tentunya lebih baik!



Saya dan suami juga cukup bertuah kerana ibu dan bapa saya sentiasa bersedia untuk bergilir-gilir dalam membantu untuk menjaga si kecil semasa percutian ini.



Kami juga membuat pertimbangan khas untuk memastikan percutian kali ini mesra kanak-kanak dengan memilih hotel serta merancang itinerari berdasarkan apa yang kami rasa sesuai untuk keperluan sekeluarga.



Namun, pada masa yang sama, itinerari bagi keluarga yang bercuti dengan kanak-kanak juga tidak boleh muktamad. Ia perlu fleksibel untuk diubahsuai dan ini perlu difahami oleh semua anggota keluarga yang turut serta dalam percutian itu.



'Plan B' memainkan peranan penting dalam memastikan ibu bapa tidak menemui jalan buntu jika rancangan utama mereka tidak dapat dilaksanakan.



Contohnya: Menurut itinerari, masa yang ditetapkan untuk ke Taman Bertema adalah pada jam 8 pagi, namun memandangkan si kecil penat melakukan aktiviti pada hari sebelumnya, beliau mungkin masih tidur dengan lena. Jadi...Plan B-nya apa?



Banyak manfaat yang dapat diraih apabila membawa si kecil bersama. Ini kerana percutian ke luar negara dapat menyediakan peluang yang baik untuk anak-anak mempelajari perkara baru. Tidak semestinya aktiviti yang hendak dilakukan harus dirancang dengan teliti oleh ibu bapa, kerana banyak sahaja perkara yang dapat dipelajari melalui penerokaan sendiri.



Malah, melalui permainan sahaja, ibu bapa boleh menerapkan pembelajaran perkataan atau konsep baru, yang dapat mereka lihat dan alami sendiri, disertakan dengan penerangan daripada ibu bapa.



Yang jelas, percutian bersama anak kecil tidak akan pernah membosankan kerana ia pastinya dipenuhi dengan detik-detik yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anda sekeluarga.



Detik-detik yang akan dirindui pada masa depan nanti dan membuat anda berbisik ke telinga si cilik: "Usah membesar terlalu pantas, perlahan-lahan ok..."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >