APABILA nilai saham global mula jatuh pada Februari 2020 ekoran berita mengenai kesan pandemik Covid-19, media sosial dan perbincangan dalam talian dibanjiri soalan serta komen daripada pelabur runcit yang resah, termasuk golongan pesara.
Untuk menangani keprihatinan ramai ini, pasukan pengasas Endowus dengan pantas menganjurkan siri webinar untuk membantu warga Singapura memahami ketidaktentuan pasaran kewangan.
Menerusi webinar yang diadakan di YouTube, pelabur dibantu memahami risiko pasaran, peri penting portfolio yang pelbagai dan perbezaan antara spekulasi dan pelaburan, kata ketua eksekutif, Encik Gregory Van.
Dengan permintaan bagi sesi-sesi sedemikian semakin meningkat, pasukan pengasas itu, yang dianggotai mereka yang pernah bekerja dengan bank-bank global seperti UBS, Morgan Stanley dan Goldman Sachs, memanfaatkan rangkaian mereka.
Mereka mendapatkan pengurus dana, penulis blog kewangan dan para pakar untuk bukan hanya memudahkan dan menjelaskan konsep-konsep pelaburan lebih rumit, malah untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan dengan pelabur mengenai pengalaman-pengalaman mereka yang luas, daripada pengalaman pelabur kali pertama hinggalah veteran.
Ramai warga Singapura sedang mencari cara menambah pendapatan, menabung untuk persaraan dan mengembangkan kekayaan sejajar dengan kadar infl asi.
Namun, tidak semua orang yang mempunyai pengetahuan kewangan yang mencukupi untuk memahami bagaimana untuk melabur buat jangka masa panjang.
Tambahan, mata pencarian juga turut dipertaruhkan. Simpanan persaraan yang dikumpul setelah bertahun lamanya bekerja keras dan berjimat secara disiplin akan terjejas jika mereka tidak melabur dengan bij ak untuk masa depan.
Fokus pada pendidikan kewangan "Matlamat kami ialah untuk memberi keutamaan kepada pendidikan terlebih dahulu, dan bukan keuntungan jangka pendek daripada pasaran," kata Encik Van.
"Ramai tidak memahami perbezaan antara melabur dan spekulasi. Ini berbahaya untuk kesejahteraan kewangan, emosi dan sosial, bukan hanya buat seseorang individu itu, bahkan untuk masyarakat."
Dengan pendigitalan yang semakin rancak di tengah-tengah Covid-19, ramai warga Singapura yang membuka akaun perdagangan.
Sedang pedagang berpengalaman memahami dengan lebih baik risikonya, pelabur baru, sama ada muda atau tua, berisiko kehilangan jumlah wang yang besar yang boleh meninggalkan kesan mendalam ke atas simpanan persaraannya.
"Kami cuba mencetuskan perubahan dengan membantu orang ramai memahami dunia pelaburan dan kewangan peribadi. Ia adalah mengenai mengembangkan kekayaan ke arah tujuan anda dengan jangkaan yang betul, bukan memberi panduan mengenai saham-saham 'hangat' untuk dibeli hari ini dan dij ual esok," kata Encik Van.
Endowus memberi penekanan kepada strategi pelaburan menyeluruh, jangka panjang meliputi kesemua sumber kekayaan seseorang termasuk wang tunai, Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan Skim Persaraan Tambahan (SRS).
"Kami menggalak pendekatan saintifik kepada pasaran yang tidak memerlukan kita melihat kepada masa yang sesuai atau membuat andaian terhadap pasaran.
Ia lebih kepada meletakkan matlamat, dan mempunyai portfolio yang pelbagai yang mempunyai tahap risiko yang sesuai bagi setiap matlamat hidup," tambah CEO berusia 32 tahun itu.
Syarikat itu dibentuk daripada keinginan para pengasasnya untuk mencari cara pelaburan lebih baik buat mereka dan keluarga, berbekalkan nasihat institusi yang bermutu dan akses kepada produk dengan harga rendah serta adil.
Mengatasi rintangan untuk melabur semasa mencari pelaburan bagi keluarganya sendiri, Encik Van, seorang bapa dua orang anak, berdepan dengan dua cabaran sebagai pelabur runcit.
Pertama, mereka tidak mempunyai akses kepada peluang dana kos rendah seperti pelabur-pelabur institusi. Ini bermakna, mereka tidak dapat meraih keuntungan penuh kerana tidak memiliki dana yang banyak untuk dilabur, berbanding pelabur lebih mewah, sekali gus mengurangkan peluang mereka untuk berjaya.
Kedua, kos adalah keprihatinan besar ekoran apa yang dikenali sebagai trailer fees iaitu yuran yang dibayar pengurus dana kepada jurujual dana tersebut.
Yuran ini boleh menyebabkan amalan tidak etikal di mana pelabur runcit ditawarkan produk-produk tertentu yang lebih menguntungkan penasihat serta wadah pelaburan.
Dalam erti kata lain, terdapat kepentingan yang bercanggah runcit mencapai kejayaan yang diinginkan.
Encik Van berkata Endowus dibentuk untuk menyelesaikan tiga masalah: Bagaimana untuk memberi nasihat sistematik dan bermutu secara skala besar, bagaimana untuk menyediakan akses kepada produk kewangan yang sejajar dengan matlamat kewangan pelabur, dan bagaimana untuk mengatasi dua cabaran tersebut pada kos yang adil dan telus pada semua orang.
Memenuhi keperluan persaraan dengan prinsip-prinsip ini, pasukan pengasas Endowus sedang membangunkan firma yang memberi fokus kepada menjana kekayaan jangka panjang yang memenuhi keperluan persaraan.
Ia adalah fi rma yang hanya mengenakan yuran kepada klien dan tidak mempunyai komitmen kepada penyedia produk.
Endowus juga meneraju industri untuk menyediakan rebat yuran trailer 100 peratus kepada klien mereka, mengurangkan kos pelaburan dan memastikan kelakonan tidak terjejas oleh yuran yang tinggi.
"Kita telah mengenalpasti persaraan sebagai cabaran segenerasi bagi era ini, dan memaksimumkan simpanan CPF adalah penting bagi menangani isu ini.
Justeru, kami telah menyesuaikan platform ini bagi keperluan anggota CPF dengan memastikan ia adalah pada kos terendah dan pelbagai secara global dengan akses kepada dana indeks pasif," kata Encik Van.
Endowus juga diperuntukkan sebagai satu-satunya penasihat pelaburan digital oleh CPF dan SRS pada 2019.
Sedang CPF merupakan skim keselamatan sosial mandatori Singapura, SRS adalah skim simpanan sukarela yang melengkapi skim CPF bagi membantu warga Singapura bersiap bagi persaraan.
Firma itu sejauh ini telah membantu hampir empat daripada setiap 10 kliennya untuk melabur secara menyeluruh meliputi sumber-sumber harta yang pelbagai - tunai, CPF dan SRS - di platform Endowus.
Mereka yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan boleh mendapatkan akses kepada dana sedemikian di Endowus, bermula serendah $1,000.
Menurut Laporan Tahunan Lembaga CPF 2020, satu daripada tiga warga Singapura tidak dapat mengetepikan Jumlah Penuh Persaraan, iaitu $181,000 bagi mereka yang berusia 55 tahun pada 2020.
Endowus berharap dapat menyokong mereka yang memerlukan bantuan merapatkan jurang matlamat persaraan mereka.
Sebagai contoh, data bagi tahun kewangan dari Oktober 2019 hingga September 2020 menunjukkan satu daripada setiap dua orang yang menggunakan CPF untuk melabur sama ada mengalami kerugian atau meraih keuntungan lebih kecil berbanding jika mereka meletakkan sahaja wang mereka dalam Akaun Biasa.
Jumlah wang yang sama akan meraih faedah 2.5 peratus setiap tahun. Endowus melaporkan portfolio CPF yang seimbang merangkumi pelbagai saham dan dana bon memberi pulangan 8.65 peratus semasa tempoh ini meskipun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran dek Covid-19.
Semua jenis pelaburan mempunyai risiko. Lantaran itulah, meningkatkan kecelikan kewangan akan membantu warga Singapura mengurus kewangan mereka dengan lebih baik dan memastikan simpanan mereka dapat digandakan bagi memenuhi keperluan persaraan.
Meskipun penduduk Singapura semakin menua, namun perkembangan teknologi dalam sektor fi ntech dan sektor harta privet telah meratakan dataran pelaburan bagi semua pelabur.
Bayaran transaksi juga telah merosot, sekali gus memanfaatkan pengguna.
"Setelah berkecimpung dalam ruang teknologi dan dengan pengalaman dalam pasaran kewangan global, saya telah melihat bagaimana teknologi kewangan boleh merubah pengalaman pelaburan dan membawa kesudahan jangka panjang lebih positif.
Melabur dengan lebih baik bermakna orang ramai boleh hidup dengan lebih selesa hari ini, dan lebih bersedia untuk masa depan dan persaraan. Ia lebih daripada kewangan.
Impak sosial dan kebahagiaan yang diperolehi, tidak ternilai," kata Encik Van.
MENJADIKAN PELABURAN MUDAH DIAKSES
Mac 2019 Melancarkan khidmat portfolio kewangan Endowus dengan produk-produk AI.
Okt 2019 Melancarkan platform kewangan meliputi pelaburan CPF, SRS dan wang tunai.
Jul 2020 Memperkenalkan akaun pengurusan wang Cash Smart untuk menangani sekitaran kadar faedah yang rendah.
Okt 2020 Melancarkan khidmat portfolio Fund Smart untuk menangani keperluan pelabur bagi portfolio satelit dan pengkhususan keperluan pelaburan.
Apr 2021 Menerima Pendanaan Series A daripada Lightspeed Venture Partners dan Softbank Ventures Asia.
Jul 2021 Menerima kemasukan pelaburan strategik: UBS AG, Samsung dan Singtel
Jul 2021 Mencapai mercu tanda $1b di bawah Aset di bawah Pertimbangan (AUA)
Dibawakan kepada anda oleh


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg