Topic followed successfully
Go to BHkuCEO Tesla arah pekerja kembali ke pejabat atau berhenti kerja jika enggan
Premium
CEO Tesla arah pekerja kembali ke pejabat atau berhenti kerja jika enggan
Jun 9, 2022 | 5:30 AM
CEO Tesla arah pekerja kembali ke pejabat atau berhenti kerja jika enggan
KETUA eksekutif syarikat kenderaan elektrik Tesla, Encik Elon Musk, sering dikenali dengan personanya yang bebas melakukan dan meluahkan segala yang dikehendakinya - satu tabiat yang mungkin disembunyikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat lain daripada mata awam.
Personanya yang melampaui etika normal dalam dunia perniagaan itu juga dianggap pemerhati sebagai seorang yang senang menyuarakan tentang sebarang hal tanpa pedulikan kesannya.

