SPH Logo mobile
Langgan|

Cipta alat menembak dari tangan mirip Spiderman

Premium

Cipta alat menembak dari tangan mirip Spiderman

Tahun ini merupakan tahun ke-23 pertandingan pembuatan permainan terbesar di Singapura, Anugerah Sains Kreatif Sony (SCSA), dianjurkan dengan sebanyak 2,390 penyerahan mainan asli daripada lebih 3,000 pelajar di 67 sekolah. Anjuran bersama Pusat Sains Singapura dan Kumpulan Syarikat Sony di Singapura, dengan sokongan Kementerian Pendidikan, inisiatif ini bertujuan memperkasakan pelajar sekolah rendah meneroka kemahiran dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dan membuka kreativiti di luar bilik darjah. Baru-baru ini, BERITA HARIAN telah menemu ramah dua pelajar yang memenangi anugerah dalam peraduan ini serta dua orang guru yang telah memenangi anugerah Blue Ribbon atas sumbangan mereka membimbing dan mengasuh generasi akan datang.
Nov 30, 2020 | 5:30 AM

Cipta alat menembak dari tangan mirip Spiderman

INGIN MENJADI SUPERHERO: Sebagai peminat besar superhero Spiderman, Azeem mencipta permainan bernama Spider-man Shooter, yang membolehkannya menembak sasaran dari tangannya dengan peluru. - Foto PUSAT SAINS SINGAPURA
INGIN MENJADI SUPERHERO: Sebagai peminat besar superhero Spiderman, Azeem mencipta permainan bernama Spider-man Shooter, yang membolehkannya menembak sasaran dari tangannya dengan peluru. - Foto PUSAT SAINS SINGAPURA -

SEBAGAI peminat besar pelbagai watak superhero, Azeem Aeiziyan selalu tertarik dengan cara Spiderman menggunakan sarang labah-labah yang keluar daripada tangannya untuk melawan watak jahat dalam rancangan ditontonnya.

Ingin menjadi seperti superhero kegemarannya, pelajar Sekolah Rosyth itu telah mencipta permainan bernama Spider-man Shooter, yang membolehkannya menembak sasaran dari tangannya dengan peluru.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg