Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANALISIS BERITA

Covid-19 beri peluang syarikat nilai semula peranan dalam masyarakat

May 30, 2022 | 05:30 AM



APAKAH sebab, tujuan dan peranan mereka dalam masyarakat?



Ini merupakan antara yang difikirkan banyak perusahaan di sini semasa pandemik ini, menurut timbalan ketua eksekutif Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC), Encik Tony Soh.



Malah, ada juga pihak berkepentingan yang bertanyakan sama ada dunia ini menjadi tempat lebih baik disebabkan bidang yang diceburi perusahaan ini.



Kajian Pemberian Korporat (CGS) 2021 oleh NVPC juga mendapati bahawa sementara Covid-19 telah menyebabkan gangguan kepada ekonomi, ia juga memberi perusahaan peluang untuk menilai semula peranan mereka dalam masyarakat, dengan mereka berusaha memastikan matlamat pemberian mereka sejajar dengan nilai teras pertubuhan mereka.



Ini menunjukkan bahawa kian lebih ramai syarikat di sini memikirkan tentang tujuan mereka memberi dan tujuan mereka wujud dalam masyarakat ini.



Selain tajaan dan derma dalam bentuk wang tunai, syarikat di sini juga memperjuang bagi pelbagai tujuan.



SSA Group misalnya merupakan antara perusahaan milik anak Melayu/Islam di sini yang tidak asing dengan usaha tampil menghulurkan bantuan kepada masyarakat apabila diperlukan.



SSA merupakan sebuah kumpulan syarikat yang menawarkan pelbagai khidmat termasuk latihan, perundingan pengurusan, perancangan estet dan program pengayaan.



Syarikat itu mengadakan pemberian tahunan sejak lebih sedekad lalu, dengan memberi sumbangan kewangan untuk menyokong kegiatan badan Melayu/Islam dan madrasah sepenuh masa di sini.



Namun lebih daripada sumbangan kewangan, terdapat tujuan lebih mendalam yang mereka perjuangkan secara konsisten.



Sebagai contoh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Group, Encik Suhaimi Salleh, berkata mereka menyokong Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Dana Amanah Pendidikan (ETF) dan madrasah kerana percaya bahawa pendidikan merupakan penyetara masyarakat terbaik dan boleh membantu mempertingkat masyarakat Melayu/Islam.



Mereka juga menyokong program bagi golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik menerusi badan seperti Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), AMP Singapura dan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) serta badan yang memberi tumpuan pada pembangunan asatizah di Singapura termasuk Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas) dan Persatuan Guru-Guru Al Quran (Pergeraq).



Baru-baru ini, mereka juga telah menubuhkan sebuah perusahaan sosial baru yang dinamakan SSA CapDev Limited.



"Kami menubuhkan syarikat terhad dengan jaminan ini untuk meneruskan misi sosial kami menerusi entiti korporat yang khusus.



"Sedang kami meraikan ulang tahun kami yang ke-35 tahun ini, SSA Group gembira dapat mewujudkan jentera baru ini untuk menyediakan kegiatan pembangunan keupayaan bagi sektor khidmat sosial serta warga emas, ibu tunggal dan golongan yang kurang bernasib baik, tanpa mengira kaum atau agama mereka," ujar Encik Suhaimi.



Selain menyokong masyarakat di luar, SSA Group juga sentiasa memastikan bakat dalam pertubuhan mereka dijaga baik dan menghulurkan bantuan kepada kakitangan yang sedang melalui kesukaran.



Di sebalik pelbagai usaha yang mereka jalankan, jelas tujuannya adalah untuk menyokong dan mempertingkat masyarakat.



Ini menjadikan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka lebih bermakna kerana syarikat itu benar-benar menjiwai dan memikirkan dengan mendalam tentang bagaimana mereka boleh menyumbang dan apakah kesan yang mereka tinggalkan pada masyarakat, memastikan matlamat pemberian mereka juga sejajar dengan nilai teras mereka.



Terdapat semakin banyak perusahaan sepertinya, yang kian memikirkan semula tujuan mereka dalam masyarakat.



Ini kerana melakukan kebaikan bagi badan korporat bukan sahaja bermakna mempunyai amalan CSR yang baik atau memberi derma.



Itu penting tapi syarikat juga perlu ada asas tujuan mereka dan menjiwainya sebagai sebahagian budayanya, dengan ini dicerminkan dalam operasi harian mereka.



Apabila syarikat melakukan kebaikan, ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada masyarakat di keliling mereka tetapi dengan tujuan korporat yang kukuh, ini juga boleh mendorong dan menarik bakat - yang membentuk sebahagian penting operasi perusahaan.



Kesan positifnya banyak sekali.



Dan bayangkan, bagaimana hasilnya jika perusahaan bekerjasama - baik dengan perusahaan lain, orang awam atau pihak berkepentingan lain - untuk melakukan kebaikan?



Tentunya, kesannya juga akan menjadi lebih meluas dan baik bagi masyarakat kita.




"Apabila syarikat melakukan kebaikan, ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada masyarakat di keliling mereka tetapi dengan tujuan korporat yang kukuh, ini juga boleh mendorong dan menarik bakat - yang membentuk sebahagian penting operasi perusahaan. Kesan positifnya banyak sekali. Dan bayangkan, bagaimana hasilnya jika perusahaan bekerjasama - baik dengan perusahaan lain, orang awam atau pihak berkepentingan lain - untuk melakukan kebaikan? Tentunya, kesannya juga akan menjadi lebih meluas dan baik bagi masyarakat kita."
- Penulis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >