Topik diikuti
Pergi ke BHkuDebat Najib - Anwar, peluang rakyat nilai beza pendapat dalam suasana politik matang beradab
Premium
Debat Najib - Anwar, peluang rakyat nilai beza pendapat dalam suasana politik matang beradab
May 20, 2022 | 7:50 AM
Debat Najib - Anwar, peluang rakyat nilai beza pendapat dalam suasana politik matang beradab
HALA TUJU NEGARA: Antara isu utama perdebatan yang menjadi perhatian ialah visi hala tuju negara yang jelas berbeza antara dua pemimpin, Datuk Seri Najib Razak (kiri) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). - Foto AFP -
DEBAT terbuka yang tidak pernah berlaku antara dua tokoh politik berpengaruh besar - mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - akhirnya menjadi kenyataan minggu lalu.
Pertembungan yang julung-julung kalinya disiarkan secara langsung antara seteru politik itu pada mulanya dikhuatiri meledak di luar kawalan. Apatah lagi dengan banyak isu panas yang belum terhurai terutama skandal kewangan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib.
