Topik diikuti
Pergi ke BHkuDemi kesihatan berpada-pada nikmati juadah Raya
Hari Raya kini lebih meriah dengan kelonggaran peraturan yang tidak mengehadkan jumlah tetamu di rumah. Doktor kanan daripada Healthway Medical Group, Doktor Abdul Muhaimin Abdul Rahman, memberi respons kepada soalan yang sering ditujukan.
May 16, 2022 | 5:30 AM
Demi kesihatan berpada-pada nikmati juadah Raya
Soalan (S): Bagaimana individu dapat mengekalkan atau mengimbangi keperluan pemakanan semasa Hari Raya, terutama apabila dijemput makan di setiap rumah yang dikunjungi?
Jawapan (J): Apabila berkunjung pada Hari Raya, kita hendaklah bersikap budiman sebagai tetamu. Oleh itu, salah satu perkara yang kita perlu lakukan ialah menikmati dan menjamah makanan yang dihidangkan tuan rumah.
