Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Dengan penipuan dalam talian kian meningkat, duta digital bantu warga emas daripada jadi mangsa

Dengan menawarkan sokongan dan sesi konsultasi mingguan, duta digital memainkan peranan penting memastikan keselamatan warga emas di dalam talian
Jun 10, 2021 | 06:00 AM



Dalam tugasnya, Cik Santhi d/o Gopal Krishnan sering melihat warga emas yang dalam keadaa kembimbangan, kadang-kala mengadu jantung mereka berdegup kencang, dada mereka sakit dan mereka sukar bernafas. 



Malah, pernah seorang wanita warga emas menggigil semasa menceritakan kepada Cik Santhi mengenai panggilan telefon yang memberitahunya bahawa $40,000 telah dipotong dari akaun simpanannya. Beliau mendapatkan bantuan Cik Santhi, yang kemudian menelefon bank dan mendapat kepastian bahawa wang wanita itu selamat. Seorang lagi warga emas, yang menjadi sasaran penipuan dalam talian, terpaksa dimasukkan ke hospital kerana serangan panik.



Namun, Cik Santhi, 52 tahun, bukanlah seorang karyawan perubatan. Sebaliknya, beliau seorang duta digital bersama Pejabat Digital SG (SDO) yang dibentuk di bawah  Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



IMDA kini bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Singapura dan Pasukan Polis Singapura untuk mengendalikan Program Keselamatan Siber Warga Emas SG. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber dalam kalangan warga emas dan menggalak amalan siber yang baik. 



Lindungi diri dari penipuan



Setiap Selasa dan Khamis, Cik Santhi dikerah ke Pusat Penjagaan Warga Emas Greenweave House of Joy Tampines, yang terletak di kejiranan yang didiami ramai warga emas.



Berbekalkan pertanyaan berkaitan digital, warga emas yang hadir mendapatkan konsultasi secara privet dengan duta-duta digital. 



Menerusi pek aktiviti Seniors Go Digital (yang menyerupai permainan papan), mereka mempelajari kemahiran asas digital seperti bagaimana mereka boleh menggunakan telefon bimbit untuk mengirimkan mesej dan melakukan panggilan video. Mereka juga boleh pelajari cara menggunakan aplikasi seperti SingPass dan HealthHub. Sedang pengetahuan mereka bertambah, mereka juga akan belajar mengenai keselamatan siber dan bagaimana untuk melindungi diri di dalam talian. 



Menurut Cuk Santhi, sekitar separuh warga emas yang ditemui beliau pernah mengalami penipuan penyamaran. Penipu itu sering berpura-pura sebagai mewakili agensi atau pertubuhan setempat untuk menipu mangsa dengan meyakinkan mereka bahawa akaun bank mereka telah digodam. 



Mereka kemudian meminta kata kunci satu-kali atau one one-time password (OTP) untuk mendapatkan semula wang mereka, jelas beliau. Dalam keadaan cemas itu, sesetengah warga emas secara tidak sengaja mendedahkan wang yang mereka miliki dalam akaun bank.



“Ramai warga emas ini sudah bersara, jadi simpanan mereka adalah amat penting. Ada yang mula cemas, sehinggakan menggigil...sedih saya melihat keadaan mereka. Sebab itulah, kami membantu mereka,” kata Cik Santhi. 



Benteng pertahanan pertama ialah untuk tidak menjawab panggilan telefon. Warga emas belajar untuk mengenal pasti nombor dari luar negara dan untuk tidak mendedahkan maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, butir-butir kad kredit dan OTP. Beliau juga menasihatkan mereka untuk menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan kepastian sekiranya akaun mereka digodam. 



Beliau menambah: “Kami mengajar mereka tiga perkara: Jangan percaya, jangan panik dan jangan beri...Matlamatnya ialah untuk tidak mempercayai sesiapun. Dengan melakukan demikian, anda menunjukkan bahawa anda tidak mudah tertipu. “Perkara paling penting ialah untuk tidak panik kerana apabila kita mula panik, di situlah kita mula buat kesilapan.”



Cik Santhi juga membantu warga emas untuk mengesan kegiatan-kegiatan mencurigakan seperti pautan yang tidak dapat dipastikan daripada sumber-sumber  tidak dikenali yang dikirimkan menerusi e-mel, WhatsApp atau kiriman SMS, penipuan percintaan serta panggilan automatik memberitahu penerima hubungan Internet mereka perlu dikemaskini dan mereka perlu memuat turun sofwe.  



Memudahkan perjalanan digital



Memahami topik-topik sedemikian mungkin sukar bagi warga emas yang menghadapi cabaran mengingat semula langkah-langkah tersebut apatah lagi kata kunci mereka. Satu lagi isu ialah ramai warga emas mengambil sikap ambil mudah dan mengharapkan anak-anak mereka untuk meluangkan masa dan mengajar mereka mengenai kemahiran celik digital. 



“Saya selalu beritahu mereka, jangan tunggu anak awak ajar. Lebih baik awak belajar sendiri. Begitulah saya cuba beri mereka motivasi,” ujarnya.



Kini, Cik Santhi dan rakan-rakan duta digital yang lain telah menjadi sumber sokongan teknologi bagi ramai warga emas, yang akan singgah ke pusat penjagaan warga emas bagi mendapatkan nasihat. 



Justeru, sejak kebelakangan ini, beliau telah mula mengajar mereka kemahiran digital yang lebih tinggi seperti bagaimana untuk mengirimkan lokasi mereka kepada anggota keluarga dalam keadaan kecemasan kesihatan, bagaimana untuk menempah kereta sewa privet dan menempah vaksinasi secara dalam talian.



“Ada yang kerap kembali sehinggalah mereka lebih ‘profesional’ daripada kami, kerana mereka sering kali mempelajari perkara yang baru bagi menggunakan telefon mereka,” katanya sambil tertawa. 



Bagi Cik Santhi, aspek paling memuaskan ialah melihat warga emas membangunkan pengetahuan baru dan juga keghairahan untuk mempelajari kemahiran baru. Beliau bertekad mahu terus membantu memperkasa warga emas agar lebih berhati-hati. 



“Pada mulanya, ramai warga emas kita yang keliru. Mereka tidak tahu ke mana untuk pergi...Namun selepas mereka berbual dengan kami, mereka rasa lega dan berterima kasih. Lantaran itulah, pengetahuan itu paling penting - dengan mengajar mereka kemahiran yang diperlukan, mereka boleh elak menjadi mangsa penipuan.”



Apa yang perlu anda tahu untuk elak jadi mangsa penipuan



Lindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian dengan mengamalkan panduan berikut: 



Ayuh, berwaspada dengan penipu yang pura-pura sebagai pegawai pemerintah. Agensi pemerintah setempat tidak akan meminta bayaran secara dalam talian untuk dilakukan serta merta atau mengarahkan anda memindahkan wang ke akaun bank setempat atau asing. 
Ayuh, berwaspada apabila mesej mengandungi kesilapan tatabahasa dan ejaan.
Ayuh, amalkan sikap berhati-hati sebelum klik sebarang pautan. Untuk senarai laman web berkaitan pemerintah, rujuk www.gov.sg/trusted-sites.
Ayuh, berhati-hati apabila menerima panggilan yang menunjukkan tanda ‘+’ sekiranya anda tidak menjangkakan apa-apa panggilan. Panggilan setempat tidak akan menunjukkan tanda tersebut.
Jangan muat naik sofwe atau aplikasi yang disarankan pemanggil yang mencurigakan.
Jangan dedahkan maklumat peribadi atau kewangan, seperti kata kunci atau One-Time Password (OTP), kepada sesiapa pun.
Jangan kirimkan wang kepada seseorang yang baru anda temui dalam talian.  



Lungsuri www.scamalert.sg untuk maklumat lanjut atau hubungi talian bantuan Anti-Scam di 1800-722-6688 bagi nasihat berkaitan penipuan.



Daftar bagi Ask the Cyber Experts Series anjuran CSA di bawah Program Keselamatan Siber Warga Emas untuk mendengar perkongsian daripada pakar siber mengenai bagaimana anda boleh kekal selamat di dalam talian. Daftar di www.csa.gov.sg/sgcybersafeseniors

 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >