Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Dia Tetap Isteriku

Jun 25, 2023 | 05:31 AM



OLEH: PASIDAH RAHMAT

“Ini Cik Kiah bawakan gambar. Namanya Atia. Lemah lembut, pendiam, tertib dan amat sesuai untuk kau, Zaki.”

Zaki mengerling gambar gadis itu. Cantik, putih dan manis bertudung. Hatinya bergolak. Sudah ramai dia menolak. Tetapi gadis ini seperti ada daya tarikan. Mungkin pandangan matanya yang kuyu atau senyuman bibirnya yang tidak berlipstik.

“Dia pandai dalam urusan rumah. Hanya dia tidak pernah bekerja sebab menjaga arwah ayahnya yang sakit kronik. Kesian dia kini sebatang kara tanpa saudara-mara. Sebagai seorang jiran terdekat, Cik Kiah selalu jenguk dan bantu yang mana terdaya. Budaknya baik. Cik Kiah berani jamin.”

Sebatang kara. Lagi senang. Tidak ada yang mengganggu. Susah kalau yang masih ada ayah, ibu, nenek, datuk, adik-beradik dan saudara-mara. Ada saja yang akan masuk campur. Zaki sendiri sebatang kara juga.

Walaupun sudah hidup bersama selama setahun setengah, masih belum dikurniakan zuriat. Rasa sedih tetap ada tetapi Zaki tidak mengeluh. Belum rezeki dan bukan sesuatu yang mengancam rasa kasih sayang suami isteri. Atia seorang wanita yang setia. Ruang rumah sentiasa bersih. Mungkin dari segi urusan dapur ada banyak kekurangan. Itu bukan satu masaalah. Dia akan mengalakkan Atia mengambil kursus masak-memasak.

“Wah! Banyaknya duit Atia.”

“Saya simpan sikit-sikit duit yang Abang beri. Atia pun ada buat perniagaan online cara kecil-kecilan. Jual produk kecantikan dan kesihatan secara dropship melalui seorang teman FB. Alhamdulillah adalah keuntungan sedikit.”


“Tak sangka isteri Abang pandai berniaga. Teruskan selagi ia satu pekerjaan yang halal.”

“Terima kasih Abang. Kesian Abang bekerja keras menghantar barang dan dokumen ke sana sini. Abang mesti berhati-hati bawa motor.”

“Abang selalu berhati-hati. Tetapi itulah Abang risau sebab akan datang banyak dokumen akan ditiadakan sebab diperkenalkan e-dokumen. Harapkan hantar barang dan makanan berapalah sangat.”

“Usah khuatir. Insya-Allah dengan usaha kita bersama akan dimurahkan rezeki.”

Saat ini Zaki tidak sangka Atia mempunyai dua watak. Kalau Mediacorp kekurang pelakon, isterinya boleh menjadi pelakon watak utama handalan. Tiada dia sangka jadi begini. Mak cik Rokiah pun tidak tahu akan watak Atia yang satu lagi.

“Isteri awak akan didakwa menipu orang ramai. Dia meminta-minta wang di sekitar kawasan MRT, dalam gerabak dan estet perumahan. Selain itu dia juga menipu ramai pelanggan online melalui perniagaan.”


Zaki termangu dan menangis. Zaki rasa ini adalah kesalahan dirinya kerana terlalu sibuk bertugas sehingga tidak memantau kegiatan isterinya dengan sempurna. Zaki bertekad mendapatkan bantuan seorang peguam bela dan apabila Atia dibebaskan akan dibimbing sebaik-baiknya.

“Dia tetap isteriku dan tanggungjawabku.”

BIODATA PENULIS: Pasidah Rahmat dilahirkan pada 4 August 1963. Beliau lulus GCE ‘O’ pada 1979 di Sekolah Menengah Tun Seri Lanang. Cerpen pertamanya, ‘Salah Sangka’, disiarkan di Berita Minggu pada 1983. Selain mengarang cerpen, beliau menulis puisi, syair, gurindam, sonian, haiku dan dukotu. Kira-kira 36 cerpen dan puisinya telah tersiar di Berita Minggu, dua cerpen dalam majalah ‘Dewan Bahasa’, enam cerpen dalam Cukaria (Malaysia), sebuah cerpen diaudiokan oleh Cukaria, enam cerpen di FIXI Malaysia dan 16 antologi puisi dan cerpen di Singapura. Seorang pesara, beliau pernah menggunakan nama pena Rahada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >