Dibesarkan dalam 'keluarga guru'... pilih jadi guru, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
4:00
Maghrib
7:03
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana0

Dibesarkan dalam 'keluarga guru'... pilih jadi guru

Jul 24, 2021 | 05:30 AM

MENDENGAR kisah-kisah yang dikongsi ibu dan makcik-makciknya, Cik Nashrah Alwi terdorong mengikuti jejak langkah mereka dan menjadi seorang guru.

Bahkan Cik Nashrah boleh dikatakan dibesarkan dalam 'keluarga guru' dengan ramai makcik, pakcik dan sepupunya turut berkhidmat sebagai tenaga pengajar.

"Memang dari dahulu, saya mempunyai impian untuk menjadi seorang guru kerana sering mendengar cerita-cerita dari ibu saya dan makcik-makcik saya tentang pengalaman mereka di sekolah," kongsi beliau.

Meskipun pernah terlintas di fikirannya berkecimpung dalam bidang perhubungan atau menjadi seorang wartawan, beliau akhirnya memilih menjadi seorang guru kerana "ingin membuat suatu perubahan dalam kehidupan para pelajar".

"Melihat kesan positif yang dilakukan ibu serta ahli keluarga terhadap para pelajar mereka mendorong saya untuk mengorak langkah yang sama," tambahnya.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Baru-baru ini, Cik Nashrah, 23 tahun, merupakan antara 932 guru yang meraikan tamat pengajian mereka di Institut Pendidikan Nasional (NIE) Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Majlis Tamat Pengajian Guru bagi kohort 2021 diadakan secara maya tahun ini.

Sejak mula mengajar bahasa Inggeris dan Sastera Inggeris di Sekolah Menengah Ngee Ann pada 28 Jun lalu, Cik Nashrah akur tugas sebagai guru bukanlah mudah.

Katanya melalui wawancara e-mel dengan Berita Harian:

"(Pengalaman mengajar) amat mencabar tetapi memberangsangkan juga!

"Saya rasa anda tidak akan benar-benar tahu apa yang hendak dijangkakan apabila kali pertama melangkah ke dalam kelas dengan 40 murid, tapi saya belajar sambil saya melalui pengalaman ini dan mengenali pelajar saya dengan lebih baik.

"Itulah perkara yang paling saya gemar... membina hubungan dengan para pelajar saya.

"Kadangkala agak terharu juga rasanya, tetapi itulah sebahagian pengalamannya!"

Cik Nashrah berkongsi antara cabaran terbesar yang dihadapinya ialah mencari 'identiti guru' nya sendiri.

Beliau sering perlu mengimbangi antara menjadi guru yang tegas dengan guru yang 'seronok' kepada pelajarnya.

"Saya dapat mengatasinya dengan bimbingan mentor dan banyak muhasabah diri.

"Saya ambil langkah-langkah yang lebih tegas dalam memastikan disiplin dalam bilik darjah terjaga tanpa perlu kerap memarahi pelajar-pelajar saya," katanya.

Berinteraksi dengan para pelajar di luar bilik darjah juga banyak membantu, tambahnya.

"Ia juga membantu saya membina hubungan yang lebih baik dengan pelajar sehingga apabila saya perlu memarahi mereka sekalipun, mereka tahu saya melakukannya demi kebaikan mereka sendiri," ujar beliau.


"Memang dari dahulu, saya mempunyai impian untuk menjadi seorang guru kerana sering mendengar cerita-cerita dari ibu saya dan makcik-makcik saya tentang pengalaman mereka di sekolah... Melihat kesan positif yang dilakukan ibu serta ahli keluarga terhadap para pelajar mereka mendorong saya untuk mengorak langkah yang sama... Saya rasa anda tidak akan benar-benar tahu apa yang hendak dijangkakan apabila kali pertama melangkah ke dalam kelas dengan 40 murid, tapi saya belajar sambil saya melalui pengalaman ini dan mengenali pelajar saya dengan lebih baik."
- Cik Nashrah Alwi, antara 932 guru yang meraikan tamat pengajian mereka di Institut Pendidikan Nasional (NIE) Universiti Teknologi Nanyang (NTU) baru-baru ini.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map