Premium
Sumpah setia dijunjung tinggi masyarakat Bugis
Perjanjian asimilasi dengan bangsa Melayu dipegang kuat hingga hari ini sehingga sukar bezakan identiti asli
Jul 12, 2021 | 5:30 AM
Isnin lalu, pengkaji khazanah warisan Encik Sarafian Salleh berkongsi catatan beliau mengenai usahanya menjejak warisan budaya Bugis dan memperbetulkan salah tanggap ramai mengenai nenek moyangnya yang berasal dari kepulauan Maluku, Indonesia. Kali ini, BERITA HARIAN menemu bual tiga anggota Persatuan Melayu Bugis Singapura (PMBS) untuk mengenali lebih lanjut ciri-ciri yang menjadi kebanggaan masyarakat Bugis.
"KALAU nak cari kawan, carilah orang Bugis, insya-Allah akan dapat kawan yang setia," kata Cik Haslinna Ja'aman, ibu seorang anak, sambil mengerling kepada dua sahabatnya daripada rumpun yang sama.

