Topik diikuti
Pergi ke BHkuDikasari semasa sedang bulan madu
Dalam bahagian ketiga siri keganasan keluarga ini, BERITA HARIAN memaparkan tiga mangsa keganasan keluarga yang menderita selama beberapa tahun sebelum akhirnya menemukan jalan keluar dan mendapatkan bantuan profesional daripada agensi yang membantu mangsa antara lain dengan memberi perlindungan, kaunseling dan sokongan. Ikuti laporan berikut.
Oct 13, 2021 | 5:30 AM
Dikasari semasa sedang bulan madu
TIDAK sempat menikmati keseronokan sebagai pengantin baru, Cik Maria (bukan nama sebenar) dipukul bantai dan dimaki hamun oleh lelaki yang baru sah menjadi suaminya dua minggu sebelum itu.
Remuk hatinya diperlakukan begitu oleh buah hatinya yang beliau kenali sejak di bangku sekolah lagi. Apatah lagi ini berlaku semasa mereka sedang berbulan madu di seberang Tambak ketika itu.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti