Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Doktor' artifak abadikan warisan

Pemulihara beri rawatan, jagaan terbaik demi lanjutkan hayat artifak bagi generasi akan datang
Aug 17, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI pemulihara artifak dan bahan bersejarah muzium, Cik Nor Aini Omar ibarat seorang doktor.



Ini kerana beliau, seperti doktor, memberi rawatan terbaik dan menjaga sesebuah artifak bagi melanjutkan hayatnya, sekali gus menyelamatkan warisan budaya bagi generasi akan datang.



Seorang lagi pemulihara, Encik Ishak Ahmad, menyifatkan tugasnya sebagai membantu melambatkan penuaan sesebuah artifak agar ia dapat kekal selama mungkin bagi dihargai pada masa depan.



Cik Nor Aini dan Encik Ishak bekerja di belakang tabir untuk memulihara dan menyediakan bahan pameran muzium menarik bagi orang ramai.



Mereka antara 11 pemulihara dan kurator Melayu/Islam bertugas bersama Lembaga Warisan Negara (NHB). Kededuanya bekerja di Pusat Pemuliharaan Warisan NHB.



"Bersama pasukan kurator pameran, kami boleh menjadi pereka kerana kami memastikan artifak dipamer secara selamat dan indah dalam pameran masing-masing," kata Cik Nor Aini dalam satu wawacara bersama Berita Harian baru-baru ini.



Beliau, yang pakar khusus dalam memulihara kertas, berkata oleh kerana tugas pemulihara melibatkan kerja praktikal menggunakan tangan, kemahiran tangan penting dalam menjaga dan merawat artifak.



Cik Nor Aini, 52 tahun dan berkelulusan ijazah sarjana muda sains (psikologi) daripada Universiti Southern Queensland, Australia, diberi tanggungjawab menerajui projek Pasukan Pemuliharaan Kertas bagi perasmian Galeri Nasional Singapura pada 2015.



"Tanggungjawab mengendalikan pameran berskala besar selepas sekitar tiga tahun di Pusat Pemuliharaan Warisan adalah peluang dan juga cabaran bagi saya terus cemerlang dalam tugas saya," ujarnya.



Encik Ishak, 53 tahun, menganggap tugas pemuliharaan melibatkan campuran bidang seni, sains dan kejuruteraan.



"Semua orang layak menjadi pemulihara selagi mereka berminat, berdedikasi dan bersedia belajar. Tapi pemahaman asas tentang pemuliharaan adalah penting," ujarnya, yang mempunyai sijil NTC-2.



Encik Ishak menyifatkan kerja memasang arca batu enam bahagian seberat tiga tan sebagai antara detik bersejarah dalam tugasnya, manakala artifak dari Mesir, Greece dan zaman Rom yang pernah dipamerkan di sini antara kegemarannya.



Cik Nor Aini pula menganggap pembukaan Taman Warisan Melayu (TWM) selepas ia diubah elok pada 2012 sebagai detik penting baginya.



Ini kerana melihat artifak seperti kotak songkok, poster filem dan penutup rekod vinil "mengingatkan saya tentang budaya saya, perintis dan muzik masa lalu".



Buat masa ini, Cik Nor Aini terlibat dalam projek memperbaharui Muzium Peranakan dan pameran All Things Melayu TWM, melibatkan artifak seperti penerbitan dan manuskrip.



Encik Ishak juga terlibat dalam projek TWM dan Muzium Peranakan itu, selain pemuliharaan artifak logam di Muzium Tamadun Asia (ACM).



Memberi nasihat kepada pengunjung muzium supaya mereka dapat lebih menghargai bahan pameran, Cik Nor Aini berkata pengunjung harus melihat artifak menerusi perspektif berbeza.



"Adalah menyedihkan apabila orang yang melawat pameran hanya mahu melihat artifak popular, walhal pasukan di balik tabir pameran telah bekerja keras untuk menyediakan maklumat berguna dan pengalaman menyeronokkan," ujar beliau.




SIAPA ITU PEMULIHARA



Menurut Pengarah Kumpulan Muzium NHB Kennie Ting, pemulihara melakukan, antara lain, tugas sebagai:



  • Penjaga koleksi

Menjadi pakar teknik saintifik bagi pemeliharaan dan perlindungan objek



  • Pelindung warisan

Menjalankan kerja baik pulih objek, sama seperti kerja baik pulih bangunan bersejarah



  • Santis dan penyelidik

Buat kajian dan inovasi yang diterbitkan di jurnal dan dibentang di pameran




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >