Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

TANJONG KATONG COMPLEX DITUTUP BAGI PROJEK NAIK TARAF

'Dr Songkok' tidak balik lagi

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



KOTAK-KOTAK 'Songkok Cap Beca' tersusun rapi di sudut kiri kedainya, hasil tenunan Encik Abdul Wahab Abdullah sendiri, pembuat songkok terakhir Singapura yang telah bertapak di Tanjong Katong Complex (TKC) selama 20 tahun.



Katanya, sudah lebih 40,000 songkok dihasilkan selama tempoh dua dekad itu.



Namun, kedai kecil yang terletak di tingkat bawah bangunan ikonik yang berusia lebih 40 tahun itu mungkin tinggal sekadar kenangan sebaik bangunan itu ditutup bagi kerja naik taraf yang dijangka bermula Ogos 2023.



Semasa ditemui di kedainya itu, Encik Abdul Wahab, 63 tahun, memberitahu Berita Minggu (BM) beliau tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membuka semula kedainya di bangunan TKC baru, yang dijangka selesai menjalani kerja naik taraf pada Julai 2026.



Beliau telah membuka satu lagi kedai di tingkat dua City Plaza sejak Disember 2022 dan merancang untuk meneruskan operasi dari kedai tersebut, yang kini hanya dikendalikan isterinya sendiri.



"Kesian dia, dah penat kerja sendiri di sana, jadi saya tolonglah dia nanti di kedai sana," ujarnya yang bakal meninggalkan ruang di TKC itu selepas Hari Raya Aidilfitri April nanti.



Encik Abdul Wahab turut menambah beliau menjangkakan harga sewa di bangunan baru tersebut lebih tinggi - mungkin dua kali ganda - berbanding sewa sekitar $4,000 yang dibayarnya sekarang.



Pemilik kedai sedia ada juga tidak diberikan keutamaan apabila tender dibuka bagi bangunan baru TKC tiga tahun lagi, tambahnya.



"Ini mungkin Ramadan dan Hari Raya terakhir kita di TKC, jadi sedih itu tentu sedih juga.



"Kedai di sini dah 20 tahun, memang banyak kenangan lah," katanya yang telah separuh jalan memindahkan stok di kedai tersebut ke cawangannya di City Plaza.



Antara detik-detik manis yang terpahat di minda Encik Abdul Wahab termasuk apabila dapat melihat pelanggannya sejak 20 tahun lalu kembali ke kedainya untuk menempah songkok bagi anak, cucu atau cicit mereka.



"Ada juga yang beritahu saya, songkok yang mereka beli sejak 25 tahun lalu masih boleh dipakai lagi.



"Memang gembiralah bila kita dapat tahu perkara seperti ini, dan pelanggan pun senang dengan layanan dan suka dengan songkok kita," katanya, yang digelar 'Dr Songkok' disebabkan kemahirannya menyesuaikan bentuk songkok tertentu dengan wajah seseorang.



Meskipun detik-detik seperti itu membuat Encik Abdul Wahab terdorong untuk meneruskan seninya, namun usia yang lanjut membuat beliau mempertimbangkan niat untuk bersara daripada membuat songkok.



Niat tersebut - yang telah terlintas di fikiran sejak beberapa tahun lalu - mungkin akan dilaksanakan selepas cawangannya di TKC tutup, menurut Encik Abdul Wahab.



Katanya, anak lelaki bongsunya pernah melahirkan keinginan untuk mengambil alih perniagaan, namun belum pasti sama ada beliau mampu mewarisi kemahiran membuat songkok daripada bapanya.



Encik Abdul Wahab, yang mula membuat songkok sejak berusia tujuh tahun, berkata agak sukar bagi orang dewasa untuk mula belajar membuat songkok pada usia yang lebih dewasa.



"Sebenarnya kalau nak belajar ilmu buat songkok ini kena mula sejak kecil, masa tangan masih lembut.



"Bapa saya mula melatih saya buat songkok ini pada usia tujuh tahun, setiap kali balik sekolah mesti kena latih, dan pada usia 11 tahun saya sudah dapat hasilkan songkok sendiri yang boleh dipakai," katanya.



Encik Abdul Wahab telah membuka kedainya sendiri di Pasar Geylang Serai lama selepas mewarisi perniagaan membuat songkok itu daripada ayahnya pada 1982, ketika berusia 22 tahun.



Ketika baru membuka kedai dulu, persaingan dalam pembuatan songkok dijahit sendiri agak sengit kerana ramai tahu menjahit, kata Encik Abdul Wahab.



Ditanya sama ada beliau akan terus menjahit songkok sebagai 'hobi' jika beliau bersara, katanya sambil tersenyum: "Belum tahu lagi lah, tengok macam mana..."




"Ini mungkin Ramadan dan Hari Raya terakhir kita di TKC, jadi sedih itu tentu sedih juga.
Kedai di sini dah 20 tahun, memang banyak kenanganlah.
...Ada juga yang beritahu saya, songkok yang mereka beli sejak 25 tahun lalu masih boleh dipakai lagi.
Memang gembiralah bila kita dapat tahu perkara seperti ini, dan pelanggan pun senang dengan layanan dan suka dengan songkok kita.''
- Encik Abdul Wahab Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >