Dua persoalan penting belenggu usaha tangani pandemik Covid-19
Premium
Dua persoalan penting belenggu usaha tangani pandemik Covid-19
Kemungkinan berpunca dari kebocoran dari makmal virologi, atau terjadi secara alamiah
Jun 29, 2021 | 5:30 AM
BASMI KUMAN: Usaha memastikan kebersihan tempat awam, terutamanya pusat penjaja adalah mustahak demi melindungi orang ramai dari dijangkiti Covid-19, yang mungkin menyentuh permukaan yang telah dicemari virus tersebut. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -
DUNIA hari ini diketengahkan dengan dua persoalan besar: kemungkinan pandemik Covid-19 ini berpunca akibat daripada kebocoran dari sebuah makmal virologi, ataupun ia terjadi secara alamiah dan beredar di udara.
Persoalan pertama menarik pandangan sedunia apabila pentadbiran Amerika Syarikat tahun lalu, yang ketika itu dipimpin Encik Donald Trump, mengemukakan dakwaan bahawa penularan virus itu berpunca dari Institut Virologi Wuhan (WIV), China.

