Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Duit saku anak ke sekolah terpaksa ditambah

Ibu siapkan bekalan jika anak ada kelas tambahan demi jimat kos
Jul 18, 2022 | 05:30 AM

ANTARA makanan yang gemar dibeli murid darjah enam Dhia Fatihah Muhammad Nagib di kantin sekolahnya ialah Mac and Cheese bersama sekeping nuget yang berharga $2.

Namun dengan kenaikan harga makanan di kantin sekolah, kini dia terpaksa menikmatinya tanpa nuget.

Ibunya, Cik Ilya Nurdianty Noorudin, 42 tahun, suri rumah berkata beliau mungkin akan menaikkan duit belanja sekolah daripada $3 kepada $3.50.

"Meski sekolah belum memaklumkah secara rasmi kenaikan pada harga makanan di kantin, saya sedar memang bahan makanan sekarang sudah mula naik harga.

"Malah saya sendiri dapat berasakannya apabila berbelanja di pasar.

"Bayangkan satu kilogram rusuk lembu kini berharga $17 berbanding dengan $14 dahulu," katanya.

Untuk menjimatkan perbelanjaan sekolah anak-anaknya, Cik Ilya yang mempunyai seorang lagi anak di sekolah rendah, Raudhah Nadhirah, sembilan tahun, beliau akan membungkuskan makanan untuk mereka terutama jika anak-anaknya mempunyai kelas tambahan atau kegiatan selepas sekolah.

"Saya akan bungkuskan sandwic dan buah-buahan untuk mereka dan memberikan kepada mereka di pagar sekolah. Saya bersyukur mereka suka memakan makanan yang saya bungkuskan," ujarnya lagi.

Sedang kos meningkat di sini dan luar negara, Kementerian Pendidikan (MOE) baru-baru ini menyemak garis panduan bagi harga makanan di kantin sekolah.

Semakan terakhir ialah pada 2018.

Garis panduan itu adalah untuk memastikan harga makanan di kantin sekolah kekal dimampui dan pada masa yang sama, memastikan pegerai meraih pendapatan untuk mengekalkan perniagaan mereka, tambah MOE.

Sekolah juga digalak untuk menyesuaikan harga makanan di kantin dengan kerap untuk mencerminkan kos selain memastikan pilihan yang ada kekal dimampui.

"Pemilik gerai di kantin sekolah yang berasakan harga makanan mereka sukar untuk terus bertahan boleh bertanya kepada pihak sekolah dengan saranan dan sekolah akan menilai permintaan tersebut sejajar dengan garis panduan," tambahnya.

Seorang lagi ibu, Cik Nur Dyana Taha yang memberikan anaknya sekitar $2 setiap hari berkata memang selama ini beliau sering membekalkan anaknya makanan seperti sandwic dan roti hot dog.

"Tapi jika saya tidak sempat menyediakan bekal, saya rasa kini saya perlu memberi mereka sekitar $3 untuk duit jajan sekolah," katanya.

Sementara itu, beberapa pemilik gerai di kantin sekolah yang diwawancara Berita Harian berkata mereka mengalu-alukan semakan MOE kerana perbelanjaan untuk membeli bahan masak sahaja sudah meningkat.

Cik Haryani Tambang, 43 tahun, yang menjual makanan barat berkata ada yang mempunyai salah faham dengan menyatakan bahawa sewa gerai murah, justeru tidak wajar untuk menaikkan harga makanan.

Tetapi ramai yang tidak melihat daripada sudut lain di mana harga elektrik yang kini meningkat, serta bahan masakan lain seperti minyak masak, ayam dan kentang.

"Sebagai penjual di kantin sekolah, kami perlu mengikut garis panduan yang diberikan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) agar menggunakan bahan yang sihat termasuk minyak masak.

"Tahun lalu kalau saya beli minyak masak sihat, satu karton yang mengandungi empat botol minyak sebesar 5 liter, harganya ialah $32 setiap karton.

"Baru-baru ini, harganya telah melonjak kepada $56 bagi setiap karton.

"Ini belum termasuk spageti mil penuh, jenis spageti yang digalak sekolah.

"Bayangkan tiga kilo berharga $12 berbanding dengan spageti biasa yang berharga sekitar $9.90," katanya.

Harga utiliti juga katanya telah meningkat. Tahun lalu, setiap unit berharga $0.1989 tetapi bulan Mei lalu ia berharga $0.243 bagi setiap unit.

"Ini belum termasuk kenaikan pada tarif elektrik yang berkuat kuasa bulan ini," tambahnya.

Sebuah sekolah telah menaikkan harga makanan sebanyak 30 sen. Misalnya set makanan kecil yang dahulu berharga $1.50, kini berharga $1.80.

Meskipun demikian tidak semua sekolah yang akan menguatkuasakan kenaikan pada harga makanan di kantin sekolah.

Seorang penjual, Cik Nor Shahirah Syed Kadir, 37 tahun, berkata sekolahnya masih belum mengambil tindakan berhubung isu itu buat masa ini.

"Kenaikan pada kos yang kami sarankan sebagai penjual tidaklah mendadak sehingga sedolar.

"Kami hanya mahukan kenaikan sekitar 20 hingga 30 sen sahaja kerana kami pun kasihan dengan budak-budak sekolah. Kami tahu duit jajan yang mereka bawa ke sekolah tidak banyak," katanya.

Namun menurutnya sekiranya tiada perubahan kepada kos makanan, beliau mungkin akan membuat keputusan untuk menyerahkan semula gerai itu.

"Bayangkan sekolah mahukan kami menyediakan set makanan yang sihat lagi berkhasiat.

"Set makanan kami yang mengandungi nasi ayam, sayur dan buah, hanya berharga $1.50

"Tetapi kita perlu tahu bahawa sekarang membeli makanan berkhasiat seperti buah juga harganya sudah mula meningkat," katanya.

MOE dan pihak sekolah akan terus memastikan makanan sentiasa kekal dimampui bagi semua pelajar dengan subsidi ditawarkan kepada mereka yang datang daripada keluarga memerlukan.

"Di mana kita perlu memberikan lebih banyak bantuan untuk menawarkan subsidi tambahan bagi pelajar yang memerlukan untuk makan makanan yang sihat dan tetap, kita pasti akan melakukannya," tambahnya.


"Saya akan bungkuskan sandwic dan buah-buahan untuk mereka dan memberikan kepada mereka di pagar sekolah. Saya bersyukur mereka suka memakan makanan yang saya bungkuskan."

- Cik Ilya Nurdianty Noorudin, 42 tahun, suri rumah yang mungkin akan menaikkan duit saku sekolah anaknya daripada $3 kepada $3.50.

"Sebagai penjual di kantin sekolah, kami perlu mengikut garis panduan yang diberikan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) agar menggunakan bahan yang sihat termasuk minyak masak.

Tahun lalu kalau saya beli minyak masak sihat, satu karton yang mengandungi empat botol minyak sebesar 5 liter, harganya ialah $32 setiap karton.

Baru-baru ini, harganya telah melonjak kepada $56 bagi setiap karton."

- Pegerai, Cik Haryani Tambang, 43 tahun, yang menjual makanan barat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3