Dulu daftar pesakit, kini mahu sumbang tenaga sebagai jururawat
Premium
Dulu daftar pesakit, kini mahu sumbang tenaga sebagai jururawat
Aug 1, 2021 | 5:30 AM
MUNCUL MINAT KERJAYA BARU: Pengalaman bekerja sebagai kakitangan perkhidmatan pesakit di hospital telah membuat Encik Ahmad Zulhazmi Abdul Wahab rasa kagum melihat tugas yang dilakukan jururawat dan mendorong beliau menyertai Program Penukaran Profesional (PCP) bagi Jururawat Berdaftar (Diploma) untuk mencapai aspirasinya menjadi jururawat juga. - Foto BM oleh TIMOTHY DAVID -
Sempena Hari Jururawat yang disambut di Singapura hari ini, BERITA MINGGU melaporkan tentang kisah dua individu yang menyertai Program Penukaran Profesional (PCP) dalam kejururawatan.
SELAMA beberapa tahun selepas tamat menjalani Perkhidmatan Negara (NS), Encik Ahmad Zulhazmi Abdul Wahab melakukan pelbagai kerja buruh seperti pembungkus barangan dan pekerja yang berdiri mengiklankan poster bagi insurans kereta.

