Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CATATAN WARTAWAN

Elak 'jadi bebal', 'paksa' anak membaca

May 23, 2022 | 05:30 AM



"AYAH, banyaknya buku yang perlu saya baca?"



Keluhan anak saya baru-baru ini, setelah dia dengan bangganya mengisytiharkan kepada saya dan isteri, bahawa sejak awal tahun ini, dia sudah selesai membaca 50 novel kanak-kanak.



Isteri saya pula menjawab, "Bagus! Good job Aadil," sambil meletakkan matlamat untuk dia menggandakan jumlah tersebut sehingga akhir tahun ini.



Sejak dia mula bersekolah di darjah satu tahun lepas, saya dan isteri meletakkan matlamat untuk anak kami itu membaca setiap hari - melebihi bahan-bahan yang perlu dibacanya sebagai kerja sekolah.



Kami tidak meletakkan matlamat tertentu, tetapi setiap seminggu atau dua minggu, isteri saya akan mendapatkan set buku baru untuknya; dan apabila set buku baru itu dibeli, dia haruslah selesai membaca set buku yang sebelumnya.



Namun, dengan dia semakin 'dewasa' sepanjang satu tahun setengah di sekolah rendah, banyak gangguan sekeliling yang menjejas stamina dan tumpuannya untuk membaca.



Justeru, daripada galakan, semakin kerap kegiatan ini kini menjadi tuntutan tegas, lantas mengakibatkan keluhan dari masa ke masa.



"Membaca ni baik adik," kata saya. "Membaca membuka minda, menyemarakkan imaginasi dan banyak ilmu pengetahuan yang dapat kita cedok daripada membaca. Paling penting, ia memaksa minda kita berfikir, bertanya dan untuk kita mencorak pendapat," saya menambah.



Anak saya itu kurang yakin.



"Yalah betul, tapi video-video di TikTok dan YouTube pun banyak unsur-unsur pendidikan," katanya, sambil memberikan beberapa contoh seperti "Ayah tahu tak, apa itu midnight sun? Ia berlaku di Greenland, apabila matahari tidak terbenam pada musim panas. Maknanya 24 jam siang!"



Okay-lah, saya tidak tahu fakta tersebut. Berguna juga TikTok ni, kata saya dalam hati.



Namun, kita sebagai ibu bapa tidak boleh tampak 'tertewas' dengan percubaan anak kita yang kadangkala lebih bijak dan berbaur manipulasi. Awas!



Justeru, tuntutan agar dia membaca itu kekal, malah akan diperluas.



Saya sudah pun menjelaskan padanya kita juga akan mula membaca akhbar secara lebih kerap, untuk mendedahkan dirinya kepada isu-isu semasa.



Tidak perlu faham sepenuhnya, asalkan sedar apakah kejadian yang sedang berlaku di sekeliling dan bagaimana ia menjejas kita semua.



Dalam rencana tulisan pakar psikologi Profesor Jonathan Haidt, yang diterbitkan dalam akhbar The Atlantic bertajuk "Why the past 10 years of American life have been uniquely stupid", dia membincangkan bagaimana kebergantungan kepada media sosial telah menjadikan warga Amerika "semakin bebal".



Menurut profesor di Universiti New York itu, sekitar 2014-2015, dia memerhatikan perubahan yang aneh dalam kalangan warga Amerika (malah dunia) dan terutama dalam kalangan pelajarnya.



Dia menekankan bahawa apa yang dimaksudkan bukanlah kita menjadi bebal sebagai individu tetapi media sosial menjadikan kita kurang berfikir, takut melahirkan pendapat dan kesudahannya menjadikan kita sebagai kumpulan, sebagai institusi bebal kerana kita berhenti memberikan pandangan yang bercanggah, berhenti menyoal dan bertanya.



Kita semua maklum juga, bagaimana algoritma media sosial sebahagian besarnya hanya menyuapkan bahan atau kandungan yang memenuhi cita rasa, cara pemikiran dan kecenderungan penggunanya.



Justeru, misi saya dan isteri adalah memastikan anak kami membaca sebagai jendela kepada idea-idea berbeza dan pandangan yang berlainan dengan harapan dia akan dewasa sebagai individu yang berfikir dan terbuka kepada perbezaan pendapat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >