Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Perikatan untuk Bertindak Singapura Bersama yang baru membantu warga Singapura…

Elakkan kelesuan, capai keharmonian

Aug 01, 2021 | 05:30 AM



Panduan sumber tenaga, templat dasar komunikasi selepas waktu kerja dan wadah dalam talian untuk menilai tekanan di tempat kerja antara inisiatif bagi menyokong pekerja



SEMEMANGNYA tidak dapat dinafikan bahawa warga Singapura ternyata rajin.

Menurut statistik terkini daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM), pekerja sepenuh masa mencatatkan tempoh biasa pekerjaan sekitar 45.4 jam seminggu tahun lalu.



Ini berbanding warga Korea Selatan yang mencatatkan 44.4 jam waktu kerja seminggu, menurut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.



Pandemik yang melanda kini ternyata tidak dapat mengurangkan masalah ketidakseimbangan ini.



Satu kajian oleh UOB ke atas kesan Covid-19 pada pasaran Asean yang diterbitkan tahun lalu mendapati sekitar 89 peratus pekerja di sini berasa mereka perlu bekerja lebih lama untuk mengekalkan pekerjaan mereka.



Dalam siri kedua daripada tiga siri Singapura Bersama ini yang meneroka peluang untuk tampil lebih kukuh bersama sebagai sebuah negara, kita akan mengetahui bagaima Perikatan untuk Bertindak bagi Keharmonian Kerja-Kehidupan Singapura Bersama (AfA bagi WLH) bertujuan membantu orang ramai mencapai keharmonian antara kerja dan kehidupan.



 



Bagaimana AfA bagi WLH mendefinisikan keharmonian kerja-kehidupan?



AfA bagi WLH mendefinisikan keharmonian kerja-kehidupan sebagai sesuatu di mana individu boleh menguruskan kededua pekerjaan dan kehidupan peribadi bagi mencapai matlamat mereka.



 



Saya bekerja dalam bidang sumber manusia (HR) dan saya ingin melaksanakan sedikit amalan keharmonian kerja-kehidupan di tempat kerja saya. Adakah AfA bagi WLH mempunyai sebarang inisiatif atau sumber yang boleh saya rujuk?



AfA bagi WLH sedang menghasilkan senarai inisiatif dan sumber bagi mempromosikan kesedaran dan kepentingan keharmonian kerja-kehidupan. Ia akan dilancarkan pada Ogos ini dan dikongsi di laman Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (Tafep).



Ini termasuk satu panduan HR tentang bagaimana perusahaan boleh laksanakan amalan kerja-kehidupan dan templat dasar komunikasi selepas waktu kerja bagi menetapkan sempadan mengenai komunikasi berkaitan kerja selepas waktu kerja.



Rakan tiga pihak dan anggota AfA akan menggalak para majikan dan pekerja untuk mendukung inisiatif dan sumber tersebut.



Matlamat jangka panjangnya ialah untuk AfA bagi WLH membina rangkaian majikan dan pekerja, mengongsi amalan terbaik dalam kalangan pakar industri dan profesional serta terus memimpin usaha untuk mencapai hasil keharmonian kerja-kehidupan untuk Singapura.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF) juga melancarkan Piawai Tiga Pihak bagi Keharmonian Kerja-Kehidupan April lalu.



Ia menetapkan saranan amalan pekerjaan yang mengenal pasti keutamaan bagi pekerja di peringkat kehidupan berbeza dan menyokong mereka dalam mencapai keharmonian kerja-kehidupan.



Majikan boleh mengetahui bagaimana untuk mendukung Piawai tiga Pihak bagi Keharmonian Kerja-Kehidupan dan sumber penting pekerjaan dengan kehidupan lain di laman Tafep (tal.sg/tafep) dan laman MOM (mom.gov.sg).



 



Tempat kerja saya tidak mempunyai budaya mesra kerja-kehidupan. Bagaimana boleh saya dapatkan majikan saya untuk pertimbangkan agar memperkenal amalan keharmonian kerja-kehidupan?



Anda boleh rujuk majikan anda ke laman Tafep. Terdapat sumber-sumber mengenai bagaimana melaksanakan amalan kerja-kehidupan, meskipun bagi sektor-sektor tertentu yang mungkin menghadapi cabaran unik dalam melaksanakannya.



Anda boleh mendekati majikan anda untuk menyarankan agar mereka mendukung Piawai Tiga Pihak bagi Keharmonian Kerja-Kehidupan atau Piawai Tiga Pihak bagi Susunan Kerja Fleksibel.



Piawai Tiga Pihak bagi Susunan Kerja Fleksibel telah dilancarkan pada 2017 bagi menyediakan majikan dan pekerja dengan lebih banyak pilihan fleksibel seperti memilih bila untuk mula dan tamat kerja.



Tafep kerap menawarkan klinik-klinik bimbingan untuk menyokong majikan dalam mendukung Piawai Tiga Pihak.



 



Adakah pemerintah akan mewajibkan syarikat untuk melaksanakan dasar keharmonian kerja-kehidupan?



Keharmonian kerja-kehidupan berbeza bagi perusahaan dan individu yang mungkin mempunyai keutamaan yang pelbagai di peringkat kehidupan yang berbeza. Justeru tiada satu huraian untuk semua.



Rakan-rakan tiga pihak akan terus menyokong dan menggalak majikan untuk mendukung amalan kerja-kehidupan di tempat kerja mereka.



Ini termasuk bekerja dengan AfA bagi WLH untuk menggalak kesedaran dan pentingnya keharmonian kerja-kehidupan, serta menyediakan sumber yang membimbing mereka dalam melaksanakan amalan sedemikian.



Bagi menggalak dan menyokong terus majikan, mereka yang mendukung Piawai Tiga Pihak bagi Keharmonian Kerja-Kehidupan akan mendapat akses percuma kepada Wadah Diagnostik Modal Insan. 



Wadah ini menawarkan pertubuhan dengan wawasan tentang bagaimana untuk menilai kematangan pemerosesan HR mereka dan mengenal pasti peluang untuk lebih menyokong perniagaan serta keperluan tenaga kerja mereka. Memandangkan kesediannya terhad, wadah ini hanya mampu diperoleh berdasarkan siapa dahulu didahulukan.



 



Bagaimana boleh saya mengenal pasti sekiranya pekerja saya hadapi tekanan? Adakah terdapat tanda tekanan atau isyarat biasa yang boleh saya kenali?



Anda boleh pertimbangkan penggunaan wadah dalam talian iWorkHealth yang dilancarkan MOM pada Mac lalu untuk mengenal pasti sumber tekanan di tempat kerja.



Wadah penilaian percuma ini mengandungi soalan kesihatan psikososial bagi pekerja, yang boleh dilakukan sendiri, agar majikan mempunyai maklumat mendalam berkaitan kesejahteraan tenaga kerja mereka.



Soalan-soalan meliputi faktor seperti permintaan pekerjaan, pengiktirafan pekerjaan, budaya di tempat kerja, dan hubungan dengan penyelia serta rakan sekerja.



Selepas pekerja memberikan respons mereka, wadah itu akan menghasilkan satu laporan bagi mereka, dan satu laporan beragregat tanpa nama yang mengenal pasti tekanan utama di tempat kerja bagi pertubuhan itu.



Saranan untuk menguruskan tekanan di tempat kerja terkandung dalam laporan-laporan tersebut dan laman mikro iWorkHealth (iworkhealth.gov.sg).



Para majikan digalak menyokong data ini dengan memberi maklum balas menerusi saluran-saluran lain seperti perbincangan dengan pekerja dan tinjauan budaya tempat kerja.



MOM juga telah bekerjasama dengan rakan-rakan tiga pihak untuk menghasilkan Makluman Tiga Pihak bagi Kesejahteraan Mental di Tempat Kerja pada November lalu. Makluman itu meliputi saranan dan sumber di mana majikan boleh mendukung bagi menyokong kesejahteraan mental pekerja di tempat kerja.



 



> Rencana ini dibawakan oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY)










Berminat untuk hasilkan bersama satu susunan kerja-kehidupan yang lebih seimbang bagi warga Singapura? Imbas kod QR ini untuk daftar sebagai Duta WL. Bagi maklumat lanjut mengenai Singapura Bersama, sila lungsuri www.sg



 





Imbas kod QR untuk mengetahui lebih lanjut tentang AfA bagi WLH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >