ISTANBUL: Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, berkata keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak mungkin boleh diwujudkan di rantau Asia Barat selagi dasar Israel berterusan menekan Palestin.
Ketika pertemuan tertutup pada 10 Julai lalu di Vahdettin Pavilion, Istanbul, Encik Erdogan dan rakan sejawatnya dari Palestin, Encik Mahmoud Abbas, berbincang mengenai perkembangan di rantau itu dan langkah untuk memperkukuh hubungan dua hala, kata Direktorat Komunikasi Turkey.