Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Fahami keadaan anak dengan keperluan khas sebelum mula sekolah rendah

Jun 04, 2023 | 05:30 AM



MUSIM cuti sekolah Jun telah bermula.

Buat saya dan rakan-rakan setugas di klinik pembangunan kanak-kanak, musim cuti sekolah ini merupakan waktu paling genting. 

Kami perlu memastikan segala ujian penilaian yang harus dijalankan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas yang bakal memasuki sekolah rendah diselenggarakan dengan jitu agar laporan lengkap mengenai kebolehan dan pencapaian kanak-kanak ini dapat disiapkan. 

Ini sebelum ibu bapa mereka membuat keputusan paling penting demi masa depan si anak semasa sesi pendaftaran untuk sekolah rendah pada bulan Julai. 

Untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas seperti autisme, halangan pertuturan, GDD ‘Global Developmental Delay’, ADHD ‘Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder’ dan sebagainya masa merupakan faktor paling penting kerana mereka harus membuat keputusan sama ada mereka perlu menghantar anak-anak ke sekolah pendidikan khas, sekolah aliran perdana atau pun melengahkan permulaan persekolahan formal agar si anak diberikan lebih masa untuk membuat persediaan di peringkat prasekolah sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah. 

Melengahkan permulaan persekolahan formal merupakan salah satu pilihan yang ada dan ini disarankan kepada ibu bapa oleh pakar psikologi di hospital atau klinik pembangunan kanak-kanak. 

Saya berdepan dengan pelbagai reaksi daripada ibu bapa. Saya faham keadaan mereka apabila harus membuat keputusan yang bukan enteng ini. Ibu bapa bukan saja perlu menerima keadaan anak mereka tetapi juga harus membuat keputusan yang pastinya akan menjejas setiap langkah perjalanan masa depan si anak. 

Soalan yang paling rumit buat saya ialah,  “Apakah rekomendasi doktor?”

Rekomendasi saya akan menjadi kayu ukur dan penentu kepada keputusan ibu bapa.  Memang tidak semua yang saya sarankan dapat diterima seratus peratus oleh ibu bapa. 

Ada juga situasi tegang yang berlaku kerana bukan mudah untuk menerima keadaan si anak yang mempunyai keperluan khas atau masalah pembelajaran. 

Pernah beberapa kali ibu bapa berkata: “Sampai hati doktor suruh anak saya masuk sekolah khas. Jadi anak saya tidak dapat merasa masuk sekolah elit seperti kakaknya?”

Saya selalu nasihatkan para ibu bapa agar memikirkan tentang apa yang diperlukan oleh si anak dan bukan apa yang ibu bapa mahukan. Jika si anak perlu lebih masa di peringkat prasekolah, maka itu yang perlu diberikan kepadanya. 

Tidak seperti kanak-kanak lain yang hanya perlu masa dua tahun di peringkat prasekolah, ada kanak-kanak yang memerlukan lebih masa untuk membina persediaan ke sekolah formal kerana mereka perlukan masa untuk membina asas seperti mengenal abjad dan angka, menulis, membaca, mendengar, mengikuti arahan dan bergaul dengan rakan sedarjah. 

Ada pula kanak-kanak yang memerlukan persekitaran, kurikulum dan sokongan khusus yang hanya terdapat di sekolah-sekolah khas. Untuk kanak-kanak ini, meletakkan mereka di sekolah aliran perdana tidak sesuai kerana akan menghambat pembelajaran dan perkembangan mereka. 

Ada pula kanak-kanak berkeperluan khas yang boleh berada di sekolah aliran perdana, namun mereka perlukan bantuan dan sokongan daripada guru pakar dan kaunselor sekolah yang memang terlatih untuk memberikan sokongan yang diperlukan. 

Kanak-kanak ini juga memerlukan sesi-sesi intervensi dan terapi khusus di luar waktu sekolah dari pakar seperti ahli terapi pertuturan dan ahli terapi pendidikan. Pihak sekolah harus diberitahu tentang perkara ini agar mereka mengetahui bahawa kanak-kanak ini mendapat sokongan professional demi membantu proses pembelajaran mereka.

 Saya selalu ingatkan para ibu bapa agar jangan merahsiakan keadaan si anak daripada pihak sekolah. Pengalaman saya apabila ibu bapa mengunci mulut dan tidak mahu berkongsi keadaan yang sebenar, ini menghambat tugas para guru yang mahu memberikan yang terbaik buat murid-murid mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >