Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEMPENA HARI BAPA

Fahami ragam berbeza untuk belajar cara terbaik didik anak

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI bapa sembilan anak berusia dua hingga 20 tahun, Encik Noor Irwan Rashid, memikul tanggungjawab berat untuk menjaga mereka serta menjadi pencari nafkah keluarganya.



Dengan enam anaknya mempunyai keperluan khas, Encik Irwan berkata perjalanannya bersama isterinya tidak mudah.



Namun, di sebalik cabaran yang mereka menghadapi, Encik Irwan, 43 tahun, berkata anak-anaknya merupakan berkat dan rezeki dan beliau akan melakukan apa saja untuk menyokong mereka.



Ketika dihubungi Berita Minggu (BM), beliau berkongsi bahawa beliau tidak pernah merancang untuk mempunyai seramai sembilan anak.



"Sebenarnya, saya dan isteri hanya merancang untuk empat anak sahaja.



"Selepas isteri saya melahirkan anak keempat, iaitu anak perempuan pertama saya, kami merancang untuk berhenti.



"Tetapi beliau hamil lagi selepas itu. Kami menganggap mereka sebagai rezeki," seloroh bapa tujuh anak lelaki dan dua anak perempuan itu.



Menurutnya, anak pertama dan kelimanya, Muhammad Huzaifah, 20 tahun, dan Muhammad Talhah, sembilan tahun, mempunyai autisme. Huzaifah juga mengalami Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD).



Anak keduanya, Muhammad Mu'az, 17 tahun, mengalami gangguan hiperaktif kurang tumpuan (ADHD).



Anak keenam hingga kelapan - kembar Muhammad Ziyad dan Muhammad Zayid, tujuh tahun, dan Muhammad 'Abbas, empat tahun - mempunyai kelewatan pembangunan global (GDD), iaitu keadaan di mana individu mengambil masa lebih lama untuk mengecapi pencapaian pembangunan tertentu berbanding kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka.



Dengan ramai anak dalam satu isi rumah, beliau berkata kadangkala keadaan di rumah boleh menjadi sibuk dan kelam-kabut.



Mengambil inspirasi daripada bapanya ketika beliau membesar, Encik Irwan berkata beliau banyak mempelajari bagaimana mempunyai sikap empati dan saling memahami antara satu sama lain.



"Boleh katakan, beliau yang mengajar saya bagaimana untuk melihat pelbagai perkara dengan perspektif yang berlainan.



"Ini memang sangat relevan dengan keadaan saya dengan anak-anak saya semua berlainan dan bukan kanak-kanak biasa.



"Beliau telah mengajar saya bagaimana meluangkan masa bersama anak-anak saya dan memahami cara yang terbaik untuk menangani mereka," jelasnya.



Meskipun tidak dapat meluangkan banyak masa bersama kesemua anak-anaknya, pengurus fasiliti itu berkata beliau sering mengetepikan masa atau satu hari untuk meluangkannya bersama setiap anak secara individu.



"Biasanya apabila kita keluar ramai-ramai, secara automatik anak yang lebih tua selalu menjaga adik-adik yang kecil dan tidak dapat mengongsi perasaan atau lakukan apa yang mereka inginkan.



"Dengan ini mereka tidak rasa terlalu terasing serta memberi kami peluang mendekati mereka," katanya.



Walaupun beliau mempunyai ramai anak, Encik Irwan berkata beliau masih mempelajari cara terbaik untuk menjaga dan membesarkan anak-anaknya.



"Kesimpulannya, bagi saya, sebagai seorang bapa, ini bukan satu tugasan tetapi satu hak istimewa dalam kehidupan saya.



"Saya memang bersyukur mempunyai anak-anak saya dan saya hanya berharap dapat menjadi bapa teladan ketika mereka membesar," ujarnya.




"...bagi saya, sebagai seorang bapa, ini bukan satu tugasan tetapi satu hak istimewa dalam kehidupan saya. Saya memang bersyukur mempunyai anak-anak saya dan saya hanya berharap dapat menjadi bapa teladan ketika mereka membesar."
- Encik Noor Irwan Rashid, bapa sembilan anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >