Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Gangguan bipolar tidak halang punya kerjaya stabil dampingi pesakit lain

Jul 07, 2023 | 04:02 PM



Beliau sepatutnya tamat pengajian universiti dengan segulung ijazah dalam genggaman, namun ia terhenti setengah jalan akibat masalah kesihatan mental.

Ekoran tekanan yang dialami, Cik Fauziah Aman didiagnos dengan gangguan bipolar – keadaan yang menyebabkan pertukaran mood ekstrem – yang pada waktu itu membuat beliau sukar bangkit kembali.

Sebaliknya, Cik Fauziah menghabiskan kebanyakan masanya terlantar di katil selama setahun sebelum mengumpulkan semangat untuk melangkah ke alam pekerjaan.

Beliau menceburi beberapa pekerjaan dalam bidang keselamatan, runcit, dan pengangkutan tetapi sayangnya, tidak bertahan lama dalam kesemua pekerjaan itu – hanya setahun dua sahaja.

Mujur, Cik Fauziah akhirnya diberi peluang berlatih di bawah Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH) – persatuan yang memberinya sokongan pemulihan – dan kini merupakan seorang penolong kerja sosial serta pakar sokongan rakan sebaya di pusat pemulihan SAMH Group Homes.

Gembira dengan pekerjaannya sekarang, Cik Fauziah, 42 tahun, berkata ia banyak membantunya dalam perjalanan pemulihannya.

Selain penyokong tegarnya iaitu ibu dan keluarga, wanita itu berkata rakan kerjanya juga memainkan peranan dalam memberinya dorongan dan mewujudkan sekitaran kerja yang positif.

Perjalanannya untuk mengatasi keadaan mentalnya dan mencari rezeki untuk menyara kehidupan tidak mudah.

Menyingkap pengalamannya menceburi pekerjaan pertamanya dalam bidang keselamatan setelah didiagnosis, Cik Fauziah berkata beliau terpaksa menyelindung keadaan yang dialami.

“Saya tidak menyatakan bahawa saya mempunyai penyakit (mental) itu kerana jika tidak, saya tidak akan dapat pekerjaan tersebut.

“Saya masih ingat saya nangis di dalam bas, bertanya kenapa saya mempunyai penyakit ini.

“Salah satu cabaran adalah menerima hakikat bahawa saya perlu mengambil ubat sepanjang hayat,” ujarnya yang menjelaskan bahawa tanpa ubat, beliau akan menjadi ‘high’ dan melakukan perbuatan pelik di luar kawalan.

Tetapi keadaan mentalnya akhirnya terbongkar, dan Cik Fauziah dilarang menggunakan senjata. Setelah satu setengah tahun di sana, Cik Fauziah bertukar kepada beberapa pekerjaan sebelum ditawarkan peluang untuk berlatih di SAMH Group Homes.

Namun, rumah tangganya berakhir dengan perceraian dan menyebabkan Cik Fauziah terperangkap dalam lembah gelapnya lagi, mengurangkan motivasi beliau sehingga menjadi murung.

“Setelah empat tahun, penolong pengarah kanan saya berkata saya perlu fikir tentang anak-anak saya. Saya tidak mahu meninggalkan mereka tanpa apa-apa dalam dunia ini sekiranya saya sudah tiada lagi,” kata ibu dua anak itu yang kemudian menggalas peranan di bawah SAMH.

Kini, tugas Cik Fauziah memerlukannya membantu pekerja kes dan pekerja sosial yang mengendalikan keperluan penduduk SAMH Group Homes, contohnya dalam mencari pekerjaan, rumah, ataupun menjalani bengkel.

Menurutnya, pekerjaan ini bukan sahaja membolehkannya menyumbang kembali kepada rakan yang mengalami keadaan sepertinya, malah menambahkan semangat dirinya untuk terus memandang ke hadapan dan pulih.

“Melawan balik (penyakit mental) ini bukan mudah, kerana saya ada rakan yang mendapati ia sukar untuk gosok gigi, untuk cari pekerjaan. Jadi mereka akan tanya saya, macam mana saya boleh dapat pekerjaan di sini, sedangkan selepas mereka menghadiri bengkel pun mereka tidak dapat pekerjaan,“ ujarnya.

Kata Cik Fauziah, sokongan seluruh masyarakat amat penting, termasuk daripada majikan.

“Saya harap masyarakat dapat melihat golongan seperti saya sebagai orang biasa. Ada yang ingat ia adalah tabiat malas (apabila kita murung dan tidak lakukan apa-apa), atau keadaan di luar kawalan ini sesuatu yang dibuat-buat sahaja.

“Saya harap terdapat kesedaran... bahawa penyakit ini disebabkan ketidakseimbangan kimia dalam otak dan dapat dirawat dengan perubatan serta terapi,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >