Premium
Ganjaran cinta bahasa Melayu sejak dari rumah
Feb 28, 2022 | 5:30 AM
MAHU JADI GURU: Nur'Ain Nadzirah Mohammed Nazir mahu meneruskan pendidikannya di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam bidang Pengajian Melayu sebelum mengejar cita-citanya menjadi guru Bahasa Melayu. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
DIBESARKAN dalam rumah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian, cinta Nur'Ain Nadzirah Mohammed Nazir terhadap bahasa ibundanya itu sudah terpupuk sejak kecil lagi.
Oleh itu, tidak hairanlah bekas pelajar Sekolah Menengah Evergreen itu memilih melanjutkan pendidikannya di Maktab Rendah Jurong Pioneer (JPJC) kerana ia menawarkan Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP).

