Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SIRI LAPORAN DEMENSIA

Gaya hidup sihat, diet seimbang cegah demensia vaskular

Jul 18, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN warga emas berusia lebih 60 tahun yang bakal menghidap demensia dijangka meningkat kepada lebih 150,000 menjelang 2030.



Hampir setengah pesakit demensia di Singapura pula menghidap penyakit demensia vaskular iaitu antara dua jenis penyakit demensia yang paling sering dialami pesakit.



Mujur, orang ramai boleh mencegah diri daripada menghidapi penyakit itu dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kata Pengarah Kesihatan Pencegahan, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) Singapura, Encik Gary Khoo, menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM) baru-baru ini.



Beliau berkata, penyakit demensia vaskular yang dihidapi sekitar 45.5 peratus pesakit demensia di Singapura boleh dicegah sekiranya orang ramai sentiasa hidup secara aktif dari segi fizikal, mental dan sosial, dan juga dengan mengamalkan cara permakanan yang seimbang dan sihat.



"Tidak seperti penyakit Alzheimer, iaitu penyebab kedua penyakit demensia yang berpunca daripada gabungan gaya hidup serta faktor genetik, risiko menghidap demensia vaskular boleh meningkat sekiranya seseorang individu itu tidak mengamalkan gaya hidup fizikal yang aktif dan mempunyai pemakanan yang tidak sihat," tambah Encik Khoo.



"Tabiat dan gaya hidup yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit kronik.



"Dengan penyakit kronik, ia boleh meningkatkan risiko kerosakan pada saluran darah, yang sekali gus meningkatkan risiko menghidap demensia vaskular," jelasnya.



APA ITU PENYAKIT DEMENSIA VASKULAR?



Penyakit demensia vaskular, menurut Encik Khoo, berlaku apabila terdapat bekalan darah kepada otak yang terhad akibat kerosakan saluran darah, hingga otak seseorang itu tidak menerima sel oksigen dan khasiat yang mencukupi.



"Ini akan menyebabkan kehilangan memori, kemerosotan dari segi keupayaan intelektual dan perubahan pada perwatakan kita.



"Ia juga menjejas kebolehan seseorang itu untuk berfikir, belajar dan membuat keputusan dengan baik," kata Encik Khoo.



MENGAPA DEMENSIA VASKULAR MENJADI SATU KEPRIHATINAN?



Penyakit demensia vaskular, menurut Encik Khoo, berlaku apabila terdapat bekalan darah kepada otak yang terhad akibat kerosakan saluran darah, hingga otak seseorang itu tidak menerima sel oksigen dan khasiat yang mencukupi.



"Ini akan menyebabkan kehilangan memori, kemerosotan dari segi keupayaan intelektual dan perubahan pada perwatakan kita.



"Ia juga menjejas kebolehan sesoerang itu untuk berfikir, belajar dan membuat keputusan dengan baik," kata Encik Khoo.



Menyentuh tentang betapa pentingnya orang ramai perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk mencegah diri daripada penyakit demensia, Encik Khoo berkata, bilangan individu berusia lebih 60 tahun yang bakal menghidap penyakit demensia di sini dijangka meningkat kepada 152,000 pada 2030.



Ini menurut satu kajian bertajuk Kemaslahatan Warga Emas Singapura (WiSE) oleh Institut Kesihtan Mental (MIH) Singapura yang diterbitkan pada 2013.



Kajian itu mendedahkan seorang dalam sekumpulan 10 warga Sigapura, berusia lebih 60 tahun menghidap demensia.



Dua penyebab utama penyakit demensia adalah penyakit Alzheimer dan demensia vaskular adalah 45.5 peratus, kata kajian itu.



"Antara faktor risiko demensia vaskular juga termasuk paras kolestrol tinggi, penyakit kencing manis jenis dua, berat badan yang berlebihan, tabiat merokok dan serangan angin ahmar," tambah Encik Khoo.



PANDUAN BAGI MENCEGAH DEMENSIA VASKULAR



Orang ramai digalak mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko demensia vaskular dan risiko menghidap penyakit kronik.



Terdapat lima tabiat yang boleh diamalkan iaitu untuk terus bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.



"Kegiatan fizikal menyumbang kepada edaran darah dalam tubuh badan yang lebih baik dan menyokongi pembangunan sel otak baru," kata Encik Khoo.



Beliau berkata mempunyai pemakanan yang sihat juga patut diamalkan dengan mempunyai diet yang seimbang serta mengelakkan diri daripada makanan yang mengandungi lemak, gula dan garam yang tinggi.



Ini juga dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit berkait serangan sakit jantung, kata Encik Khoo.



Selain diet dan gaya hidup sihat, ia turut penting bagi orang ramai terus bergiat aktif dari segi mental.



"Mempelajari perkara baru dan mencabar minda kita juga boleh mempertingkat kecerdasan dan keupayaan mental kita, termasuk membaca buku, menyertai permainan, mempelajari bahasa baru atau menceburi bidang yang baru."



Cik Khoo berkata orang ramai sebaiknya terus aktif dari segi sosial kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan orang lain dapat mengurangkan tekanan.



"Ini akan terus membuat minda kami sentiasa aktif dan membuat kita rasa lebih bahagia," katanya.



Selain itu, ia juga penting untuk menjaga kesihatan sendiri dan antara tindakan yang boleh diambil adalah untuk mendapatkan pemantauan kesihatan secara kerap.



"Ia penting untuk kita mendapatkan pemantauan kesihatan dengan doktor dan mengikut saranan doktor.



"Pemantauan kesihatan dapat mengenal pasti keadaan kesihatan kita pada peringkat awal sebelum ia mula menjadi semakin teruk. Dengan itu ia akan membolehkan seseorang itu mendapatkan rawatan dan pengurusan yang lebih awal dan berkesan.''



Encik Khoo berkata jika seseorang itu merokok, ia sebaiknya dihentikan juga agar dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik.



"Tabiat dan gaya hidup yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit kronik.




"Dengan penyakit kronik, ia boleh meningkatkan risiko kerosakan pada saluran darah, yang sekali gus meningkatkan risiko menghidap demensia vaskular.''
- Pengarah Kesihatan Pencegahan, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) Singapura, Encik Gary Khoo




SIMPTOM DAN LANGKAH PENCEGAHAN DEMENSIA VASKULAR



10 tanda awal penyakit demensia vaskular



  • Sering lupa-lupa hingga menjejas fungsi seharian;

  • Menghadapi kesukaran dalam merancangkan sesuatu atau menyelesaikan masalah;

  • Menjadi keliru terhadap masa dan tempat;

  • Kebolehan membuat keputusan yang kurang baik atau semakin berkurangan;

  • Menghadapi kesukaran dalam melakukan tugas yang sering dilakukan;

  • Perubahan dari segi perwatakan;

  • Menghadapi masalah semasa berkomunikasi

  • Sering kehilangan barang;

  • Mengundur diri daripada kegiatan kerja atau sosial;

  • Perubahan dari segi tingkah laku dan perasaan

Inisiatif HPB bagi mencegah demensia



Cabaran Langkah Kebangsaan



  • Dibuka kepada orang ramai berusia 17 tahun ke atas dan boleh disertai menerusi alat pengesan langkah dan aplikasi HPB Healthy 365.

Program Aktiviti Fizikal Masyarakat HPB di kawasan kejiranan menerusi kaedah virtual.



Kemudahan perancang diet My Healthy Plate.



Pemantauan kesihatan program Pemeriksaan Untuk Kehidupan (SFL).



Aktiviti kemasyarakatan:



  • Bengkel Balik Kampung.

  • Kurikulum Kesihatan Warga Emas.

  • Program bimbingan kesihatan di tempat kerja.

Sumber maklumat dan pendndikan di laman dan aplikasi HealthHub.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >